Pelakon Amar Baharin menzahirkan rasa syukur apabila dirinya sering kali dijemput menjadi tetamu Allah SWT ke Tanah Suci, Makkah.

Artikel Berkaitan: ‘Sejam Saya Termenung..Ya Allah Aku Dah Nak Mati Ke?’

Artikel Berkaitan: Amar Baharin Kayuh Basikal Ke Thailand, Amyra Rosli Resah Tak Dapat Tidur Malam – ‘Saya Tak Nangislah’

Mengerjakan umrah

Menerusi perkongsian di Threads, Amar atau nama lengkapnya Amar Mohd Baharin, berkongsi bahawa dalam masa lima tahun ini dia berpeluang mengerjakan ibadah umrah.

Sementara itu, misi penggambaran secara berbasikal pada tahun ini pula antara perkara yang tidak dapat dilupakan olehnya.

Sejak 2020 hingga 2025, aku diberi peluang untuk umrah, hampir setiap tahun.

Ada yang datang sebagai hadiah, ada yang hadir melalui kolaborasi dengan syarikat pelancongan.

Tahun 2025 pula, Allah izinkan aku mengembara naik basikal dari Malaysia hingga ke Saudi Arabia, satu perjalanan yang tak pernah terlintas sebelum ini. Tapi tetap juga tak sampai Makkah. 

Dalam hantaran sama, bapa kepada dua orang anak ini percaya bahawa nikmat yang diberikan untuk ke Makkah bukanlah bersandarkan kepada kemewahan, masa atau kesihatan, namun ia adalah rezeki daripada Allah SWT.

Semakin dekat dengan Baitullah, semakin aku sedar satu perkara, bukan harta, bukan masa lapang, bukan kesihatan, dan bukan kemampuan yang membawa kita ke sini.

Kalau Allah tak panggil, walaupun rezeki sedang luas dan tubuh sihat, kita tetap takkan sampai. Maka sesiapa yang hari ini Allah izinkan jejakkan kaki ke Baitullah dan Haramain bersyukurlah dan perbanyakkan doa, kerana ini panggilan, bukan kebetulan.

Untuk info, Amar dan rakannya, Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin yang lebih mesra disapa Qobin memulakan misi berbasikal ke Makkah dari Perlis pada 27 April dengan merentasi beberapa negara termasuk Thailand, Iran, Emiriah Arab Bersatu, dan Arab Saudi.

Mereka kemudiannya menamatkan misi berbasikal selepas selamat tiba di Masjid Nabawi, Madinah pada 29 Mei.

Walau bagaimanapun, mereka tidak berpeluang untuk menunaikan umrah di Makkah kerana ketibaan mereka di Madinah sedikit awal seperti yang dirancang dan secara tidak langsung timbul komplikasi pada visa untuk menunaikan haji.

Justeru, mereka mengambil keputusan untuk menggunakan masa yang ada sepanjang di Madinah dengan baik.

Sumber: Threads Amar Baharin