berita

‘Seteruk Inikah Negara Kita Hari Ini?’ – Azhan Rani Kecewa Utusan, Kosmo Bakal Tutup

August 20th, 2019 | by Amat
Lensa Insta

Tidak dinafikan syarikat akhbar tempatan, Utusan Melayu merupakan sebuah penulisan akhbar yang banyak berbakti kepada isu semasa dan politik. Malah, akhbar ini turut menyumbang dan membantu kepada populariti anak seni termasuk pelakon, penyanyi dan pengarah.

Pelakon berbakat, Azhan Rani turut terkesan dengan keputusan penutupan syarikat Utusan Melayu (M) Berhad itu. Pelakon drama Nur ini menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa sedih dan terkenang detik pertama wajahnya dipaparkan di dalam surat khabar Utusan.

Kali pertama muka masuk Utusan

24 September 1994 itulah kali pertama muka ni masuk dalam Utusan Malaysia. Pertandingan drama sekolah-sekolah Malaysia anjuran @dbpmalaysia dan #utusanmalaysia juga @rtm_malaysia . Disitulah permulaan aku. Bak kata rakan wartawan dari syarikat Utusan ini “Masuk berita tu satu rahmat, nak-nak pula berita gembira” Allahuakbar.

Dan Ahad lepas rupanya dalam akhbar sisipan #pancainderamingguanmalaysia mungkin adalah kisah terakhir aku di Utusan Malaysia. Sayangnya aku tak sempat simpan keratan ini sebab sibuk mendaki di baling Kedah. Pagi ni godek-godek jumpa dalam Utusan Online. Terlalu banyak Utusan mengiringi perjalan seni aku ni.

Hati aku remuk

Terbayang wajah-wajah wartawan Utusan dan Kosmo yang pernah interview aku, buat photoshoot, sidang media dan sebagainya hati ini jadi sayu. Aku hanya orang kecil. Selain kata semangat dan simpati apa lagi yang boleh aku buat. Berita Utusan dan Kosmo akan berkubur ni buat hati aku remuk.

Seteruk inikah negara ini hari ni, takde ke tangan dan kuasa yang mampu membantu Utusan agar terus menjadi saingan akhbar perdana di negara ini. Pada aku negara yang hanya dengan 1 akhbar perdana bagai negara yang hanya ada 1 parti politik. Macam mana tu?

Terlalu banyak jasamu Utusan

Aku masih mengharapkan sesuatu yang ajaib dapat menyelamatkan Utusan Malaysia agar terus kekal relevan merentasi zaman. Terlalu banyak jasamu Utusan bukan saja untuk perjalanan seni tapi perjalanan Malaysia ini. Ya, usia Utusan sendiri lebih dari usia kemerdekaan negara ni. Antara kata-kata diakhir perbualan dengan rakan wartawan aku tadi “datang lah malaikat ambik Utusan dan jaga dia, kami akan kerja dengan penuh dedikasi”.

Runtun hati aku mendengar luahan ini, mohon siapa pun yang punya kuasa, punya pengaruh, punya wang, punya kepercayaan yang kami rakyat Malaysia berikan. Selamatkanlah akhbar yang pernah menjadi akhbar kesayangan rakyat Malaysia ini. Salam solidariti buat semua warga kerja #utusanmalaysia dan #kosmo. Semoga kasih sayang dan rahmat Allah melindungi kalian semua.

Sumber: Azhan Rani

SKIP THIS AD ×