berita

Setia Kayuh Basikal Hantar Makanan Buat ‘Suami’, Ini Kisah Benar Makcik Iklan Raya Saji 2021

May 7th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Menjelang Syawal yang tidak lama lagi tiba, pelbagai iklan raya telah diterbitkan dan dikongsi ke platform YouTube. Rata-rata iklan raya tahun ini berjaya mencuri perhatian ramai penonton termasuklah iklan raya dari Saji.

Tahukah anda, iklan raya Saji ini diadaptasi daripada kisah sebenar seorang insan bernama Makcik Saadiah yang sering menghantar makanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik buat ‘suaminya’ setelah lima tahun. Kisah Mak Cik Saadiah ini pernah menjadi perhatian ramai.

Kisah Mak Cik Saadiah

Kredit foto: BH Online

Memetik laporan penuh dari BH Online, Mak Cik Saadiah akan mengayuh basikal dari rumahnya Kampung Padang, Kuala Kenderong ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik sejauh 5 kilometer setiap hari bagi menghantar makanan kepada petugas di situ walaupun suaminya telah meninggal dunia. Mak Cik Saadiah melakukan selama setaip hari selama 37 tahun.

Suami kepada Mak Cik Saadiah iaitu Alias Nik Daud telah meninggal dunia pada 28 Ogos 1975 dipercayai dibunuh oleh komunis di Temenggor yang bertugas sebagai Botman. Tugas dan peranan seorang Botman adalah untuk menghantar barangan keperluan kepada tentera di dalam hutan. Allahyarham juga merupakan salah seorang anggota polis yang bertugas di IPD berkenaan.

Untuk lepas rindu

Kredit foto: BH Online

Kelihatan kali terakhir Mak Cik Saadiah menghantar makanan ke IPD pada akhir tahun 2012 selepas dia terjatuh daripada basikal yang dikayuhnya. Selepas insiden itu, anak kepada Mak Cik Saadiah membuka tayar basikal supaya ibunya tidak mengayuh basikal lagi kerana dikhuatiri berbahaya.

Sekitar 2017, Mak Cik Saadiah hanya mampu ke IPD berkenaan sekali sahaja dalam sebulan kerana tidak mampu lagi. Akuinya, dia ke IPD tersebut bagi melepaskan rasa rindu kepada suami meskipun mengetahui suami sudah meninggal dunia. Katanya lagi, lauk-pauk yang dihantar ke IPD itu dihantar untuk anggota polis yang berkhidmat di sana selain, melepaskan rindunya dapat melihat balai polis itu.

Ikan raya Saji

Diilhamkan dari kisah sebenar, ‘Mangkuk Tingkat Mak Teh’ mengisahkan seorang isteri yang setia memasak dan menghantar lauk-pauk dengan berbasikal setiap hari ke klinik tempat suaminya bekerja sebagai seorang pemandu ambulans.  Namun suaminya sebenarnya telah meninggal dunia dan Mak Teh mengakui itu sahaja cara dia melepaskan rasa rindu terhadap arwah suami.

Menampilkan bakat hebat seperti Fatimah Abu Bakar, Bront Palarae, Sarah Ali, Firdaus Karim dan Azman Hassan. Lakonan mantap yang dipersembahkan memang betul-betul meninggalkan kesan di hati.

Sumber: BH Online, YouTube

SKIP THIS AD ×