berita

‘Setiap Apa Yang Berlaku Pasti Ada Hikmahnya’ – Nabila Razali Respon Nyanyian ‘Terkucil’

June 1st, 2020 | by Amat
Kini Trending

Selepas nyanyian lagu Peluang Kedua oleh Nabila Razali ‘terkucil’ semasa siaran langsung program Meletop Mega Raya Ria, dia gagal dihubungi dan tidak memberi sebarang respon. Nyanyian live oleh penyanyi ini bagaimanapun telah mendapat pelbagai respon dari netizen.

Terbaru, Nabila Razali menerusi laman Instagramnya tampil memuatnaik status mohon maaf kepada semua penonton dan peminat.

‘Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah’

Penyanyi ini memohon maaf kepada semua atas kesilapan tersebut. Dia tidak menyalahi sesiapa atau mana-mana pihak melainkan meletakkan kesalahan itu pada diri sendiri. Malah, dia berjanji akan belajar dari kesilapan dan menambahbaikan di masa akan datang.

Dia juga memohon maaf tidak menjawab panggilan atau balas mesej dari sesiapa dalam tempoh itu. Dia berterima kasih juga kepada peminat yang sentiasa menyokong dan bersamanya ketika saat yang getir.

Rakan artis bagi sokongan

Rakan artis seperti Shiha Zikir dan Wani Kayrie juga meninggalkan kata-kata semangat di ruangan komen penyanyi tersebut. Setiap penyanyi pasti akan melalui kesilapan sedemikian semasa live. Shiha turut memuji nyanyian Nabila yang dilihat mempunyai banyak peningkatan berbanding dahulu.

‘Jangan down

Peminat-peminat penyanyi lagu Peluang Kedua ini juga meninggalkan kata semangat buat Nabila Razali dan berharap dia akan bangkit semula demi memberi hiburan kepada orang ramai.

Sumber: Nabila Razali

SKIP THIS AD ×