Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha tampil bersuara susulan isu gerakan ‘#Blockout2024’ iaitu memboikot selebriti dan pempengaruh yang mempromosi produk berkaitan dengan Israel.
Artikel berkaitan: ‘Buat Bazir Kertas Je’ – Netizen Dakwa Puisi Daiyan Trisha Tak Asli, Penerbit Buku Bersuara
Artikel berkaitan: [VIDEO] Peminat Cilik Buat Daiyan Trisha Menangis – ‘Bila Saya Buka Hadiah Ini Tak Tahulah Kenapa Rasa Sensitif’
Cara masing-masing
Menerusi hantaran di Instagram, Daiyan, 30, memberitahu setiap orang mempunyai cara masing-masing untuk menunjukkan solidariti mereka terhadap kekejaman yang berlaku kepada rakyat di Palestin.
Allah tahu. Setiap orang ada cara masing-masing. Setiap orang ada ujian masing-masing.
Niat kita, Allah saja yang tahu. Redha Allah, Dia saja yang tahu.
Saya tak pernah sesekali lupa akan saudara saya di Palestine. Saya minta maaf jika cara saya tak bertepatan dengan cara yang anda mahukan. Tak apa, saya terima segala kecaman.
Sila teruskan perjuangan anda untuk saudara-saudara kita di Palestine dengan pelbagai upaya, kerana itulah yang paling penting sekali.
Ini cara yang saya termampu pada masa ini berdasarkan situasi dan keadaan. Saya minta maaf. Saya akan cuba untuk usaha lagi dengan lebih baik. Segala doa untuk Palestine.
Sementara itu, Daiyan berkata, dia tidak pernah culas untuk berkongsi tentang Palestin pada setiap bulan.
Satu lagi. Saya tidak pernah berhenti berkongsi tentang Palestine. Saya sentiasa post setiap bulan dalam Instagram Story saya, anda boleh check Instagram highlights untuk tengok tarikh dan kali terakhir retweet di Twitter adalah tiga hari lalu, sebelum isu blockout isu ini bermula.
Jadi ini bukan kes ‘tiba-tiba nak post’. Mungkin kadang-kadang saya lalai. Terima kasih kerana tak putus-putus mengingatkan saya. Saya hargainya.
Beri sumbangan RM100,000
Dalam hantaran lain, Daiyan memuat naik beberapa ‘screenshot’ resit sumbangan yang disalurkan kepada beberapa pertubuhan kemanusian bagi membantu rakyat Palestin.
Malah, dia juga menyatakan jumlah sumbangan yang diberikan iaitu RM25,000 kepada setiap pertubuhan tersebut.
Sumber: Instagram