Penyanyi, Elyana sedang menjalani rawatan kimoterapi kali kedua hari ini di sebuah hospital swasta di sekitar Selangor.
Artikel berkaitan: Jangan Kongsi Kisah Pesakit Kanser Yang Tewas, Elyana Mohon Netizen Faham Keadaannya – ‘Saya Sedang Bertarung’
Artikel berkaitan: ‘Lebih Sebulan Tahan Sakit Sampai Tak Tidur, Akhirnya Saya Mengalah’ – Elyana
Tolong doakan saya
View this post on Instagram
Seperti sebelum ini, Elyana memohon doa daripada semua pihak agar urusannya dipermudahkan. Menurut Elyana, dia akan menjalani beberapa sesi kimoterapi lagi selepas ini memandangkan keadaan kesihatannya kurang baik. Menerusi video yang dikongsikan, Elyana turut meninggalkan kata-kata semangat buat pesakit kanser yang lain. Ujar Elyana, setiap pesakit kanser harus menjalani ujian ini dengan senyuman. Meskipun terpaksa menanggung kesakitan, Elyana yakin senyuman mampu mengubah segalanya.
Ditemani suami tercinta
View this post on Instagram
Di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan yang terbaik buat Elyana. Mereka yakin bahawa pelantun suara ‘Tak Tercapai Akalmu’ itu akan kembali sihat seperti individu lain. Difahamkan, Elyana hadir di hospital bersama suami tercinta iaitu Khairul.
Sumber: Elyana