berita

‘Setuju Dengan Syafinaz’ – Siti Nurhaliza Akui Nadeera Zaini Ada Kualiti Tapi Sayang Kurang Dapat Sokongan

May 29th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Semalam telah berlangsungnya konsert Big Stage 2023 bagi minggu keempat yang menyaksikan peningkatan persembahan dari setiap peserta yang berjuang untuk berebut gelaran juara.

Antara yang menunjukkan prestasi baik ialah Nadeera Zaini yang mendendangkan lagu Bunga-Bunga Cinta nyanyian asal Misha Omar.

Artikel Berkaitan: Pakaian Tak Sesuai Dengan Lagu Ketuhanan, Nadeera Zaini Mohon Maaf Janji Perbaiki Kesilapan

Nadeera tak patut masuk Big Stage

Selepas selesai membuat persembahan, penyanyi dan pensyarah, Datuk Syafinaz Selamat yang bertindak sebagai juri jemputan pada konsert minggu kelima malam tadi memberikan komennya terhadap nyanyian Nadeera.

Syafinaz berpendapat bahawa Nadeera tidak sepatutnya menyertai pertandingan nyanyian yang mencari penyanyi baharu seperti Big Stage.

Tambah Syafinaz lagi, orang ramai sewajarnya memberikan lebih perhatian kepada Nadeera yang mempunyai vokal serta bakat yang sangat bagus.

Komen yang diberikan Syafinaz itu turut dipersetujui penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Setuju dengan pandangan Syafinaz

Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram Story, Siti mendedahkan dia sangat bersetuju dengan setiap komen diberikan Syafinaz kepada Nadeera yang disifatkan sebagai seorang penyanyi yang mempunyai kemahiran menyanyi sangat bagus.

Setuju sangat dengan kakak saya Syafinaz. Nadeera mempunyai skill dan suara yang sangat bagus, seangkatan Aina (Abdul) tapi rezekinya belum betul menyerlah.

Siti turut menambah bahawa apa yang kurang dalam perjalanan karier Nadeera ialah kurangnya perhatian daripada peminat.

Nadeera perlukan sokongan peminat muzik tanah air.

Sekadar info, Nadeera yang mendendangkan lagu Bunga-Bunga Cinta nyanyian asal Misha Omar berjaya meraih tempat keempat keseluruhan bagi minggu kelima dengan marah 82 peratus.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×