Pelakon berbakat, Julia Zigler mengaku setelah menunaikan umrah pada tahun lalu, dirinya telah terdetik untuk menerima seorang jejaka yang juga kawan baiknya sebagai kekasih hati.
Sewaktu saya di Mekah semasa buat umrah tahun lalu, Tuhan telah buka pintu hati saya untuk terima dia dalam hidup saya. Alhamdulillah, saya kini bahagia bersamanya.
Jejaka yang bergelar seorang usahawan tersebut merupakan jejaka yang telah dikenali sejak lapan tahun lalu dan aktres ini mengaku telah mengenali keluarga lelaki tersebut. Meskipun sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga, akan tetapi belum ada perancangan untuk mereka ke jinjang pelamin.
Buat masa ni memang tak ada apa-apa perbincangan pun. Kami take it slow lah. Sebenarnya sejak tahun lalu banyak benda baik yang berlaku dalam hidup saya. Termasuk adik lelaki saya telah berkahwin. Tahun ini, kakak saya akan berkawin.
Jadi bila melihat adik-beradik saya kahwin, memang terdetik di hati nak berumah tangga. Tapi saya serahkan semua itu pada ketentuan Tuhan. InsyaAllah, doa-doakan lah yang terbaik untuk kami.
Sumber : MalaysianDigest