Lagu berjudul Jangan Mati Rasa Itu nyanyian Aina Abdul telah diumumkan sebagai lagu terbaik pada saingan hari pertama Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38).
Artikel Berkaitan: #SFMM38: ‘Tahun Ini Giliran Jangan Mati Rasa Itu, Saya Bawa Semangat Satu Lori Ainations’ – Aina Abdul
Artikel Berkaitan: Tak Basuh Lebih 200 Baju Show, Aina Abdul Mahu Buat Galeri Satu Hari Nanti- ‘Pada Saya Baju Itu Hidup’
Artikel Berkaitan: Banyak Kejutan Menanti Peminat, Aina Abdul Bakal Gegarkan Kota Singapura Januari Depan!
Tapau habis
Barisan juri telah sepakat memilih lagu Jangan Mati Rasa Itu sebagai lagu terbaik dan berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000.
Sementara itu, Aina menerusi lagu sama turut diumumkan sebagai pemenang lagu Pilihan Alha Alfa hasil undian peminat sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000.
Turut bersaing pada hari pertama SFMM38 adalah lagu Inilah Jalannya (Masdo), Oh Wanita (Khai Bahar), Waktu (Hasif Upin & Ziana Zain), Kucuma (Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah), Kaulah Syurga (Khai Bahar & Lia Aziz), Tusuk (Shiha Zikir), Hasrat (Amir Jahari), Ilusi (Marsha Milan Ft Hazama), Bahagia Milik Kita (Syamel) dan Racun (Elica Paujin Ft Dem Lepak).
Barisan juri SFMM38 diketuai Datuk Mokhzani Ismail LY, Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap dan Azmeer.
SFMM38 bersiaran secara langsung selama tiga hari berturut-turut dari 15 Disember 2023 hingga 17 Disember 2023, pukul 3.00 petang dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my.
View this post on Instagram