berita

#SFMM38: ‘Santai’ Bolot Lagu Terbaik & Lagu Pilihan Alha Alfa! Bawa Pulang RM5,000

December 17th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

naqiu sfmm

Lagu berjudul Santai nyanyian Naqiu telah diumumkan sebagai lagu terbaik pada saingan hari ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38).

Artikel Berkaitan: #SFMM38: ‘Komposer & Syarikat Label Boleh Tukar Penyanyi, Asalkan Bawa Dengan Baik’ – Penerbit Eksekutif

Artikel Berkaitan: #SFMM38: Netizen Pertikai Sering Lolos Ke Pentas Saringan AJL, Shiha Zikir Terima Dengan Hati Terbuka – ‘Saya Tak Ambil Hati’

Kemenangan buat Naqiu

naqiu sfmm

Barisan juri telah sepakat memilih lagu Santai sebagai lagu terbaik dan berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000.

Sementara itu, Naqiu menerusi lagu sama turut diumumkan sebagai pemenang lagu Pilihan Alha Alfa hasil undian peminat sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000.

Naqiu merupakan penyanyi yang menggantikan Faizal Tahir selaku penyanyi asal dan pencipta lagu Santai.

Turut bersaing pada hari ketiga SFMM38 adalah Dua Darjat (Ara Johari), Berubah (De Fam), Selagi Ku Ada (Khai Bahar & Nabila Razali), Bintang (Hael Husaini).

Selain itu, turut bersaing adalah lagu Darah (Marsha Milan), Aku, Hati Dan Perasaan (Haqiem Rusli) dan Di Sebalik Rahsia (Haqiem Rusli).

Barisan juri SFMM38 diketuai Datuk Mokhzani Ismail LY, Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap dan Azmeer.

Menurut Mokhzani, 12 lagu yang layak ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) telah diniali dengan teliti dan ia merupakan keputusan muktamad kesemua barisan juri.

Daripada 29 lagu, pihak juri dapati sebanyak 17 buah lagu adalah bergenre balada, selainnya etnik, pop dan lain-laij lagi.

Pastinya akan ada lagu yang lepas dan ada yang tidak. Juri perlu memberi pengiktirafan kepada semua karya dan pencipta lagu.

Keputusan juri memmilih 12 lagu ke AJL adalah muktamad dan itu merupakan keputusan bersama. Kami sepakat AJL kali ini akan memperlihatkan pelbagai genre muzik.

SFMM38 bersiaran secara langsung selama tiga hari berturut-turut dari 15 Disember 2023 hingga 17 Disember 2023, pukul 3.00 petang dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my.

SKIP THIS AD ×