Hasrat penyanyi terkenal Ziana Zain untuk melihat Ernie Zakri menyampaikan sendiri lagu Astana di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM 38) akhirnya tercapai.
Artikel Berkaitan: #SFMM38: Khai Bahar Pikul Tanggungjawab Tiga Komposer
Artikel Berkaitan: #SFMM38: Aina Abdul Menang Besar! ‘Jangan Mati Rasa Itu’ Diumumkan Lagu Terbaik & Lagu Pilihan Penaja
‘Perasaan membuak’
Ketika ditemui OhBulan!, Ziana berkata dia akui terkejut ketika mendapat tahu mengenai isu yang membabitkan Ernie berhubung lagu tersebut.
Menurut Ziana, dia percaya wujud perasaan membuak dalam hati Ernie untuk menyanyikan sendiri lagu Astana.
Saya sendiri tahu mengenai isu Ernie pada pagi Jumaat dan agak terkejut ketika membaca berita itu.
Rupanya masalah antara syarikat label, tapi soal itu saya tidak boleh mengulas lanjut kerana undang-undang syarikat berbeza.
Saya tidak berada di situasi Ernie jadi saya tidak tahu apa perasaan dia, hanya dia yang faham.
Tapi saya percaya dalam hati Ernie membuak-buak perasan dia untuk menyanyi di SFMM 38.
Saya memang berharap sangat Ernie yang akan tampil pada SFMM 38 dan menyanyikan lagu Astana.
Ziana diminta mengulas mengenai isu tersebut beberapa jam sebelum Ernie mengesahkan dia bakal menyanyikan sendiri lagu ciptaannya itu.
Ziana berkata demikian ketika ditemui pada sidang media hari pertama saringan SFMM 38 yang berlangsung di NTV7, Glenmarie, Shah Alam, pada Jumaat.
Dalam masa sama, pelantun lagu Madah Berhelah itu turut memuji usaha keras yang dilakukan Ernie yang juga anak saudaranya sejak usianya masih kecil.
Dia sudah berkerja sangat keras dari dahulu lagi. Saya menyaksikan perjuangan dia untuk jadi penyanyi sejak usianya kecil lagi.
Masuk pelbagai pertandingan, buat beberapa album sebelum ini tak dapat sambutan, sehingga Allah kata sudah tiba masanya. Allah bagi rezeki pada dia hasil usaha gigihnya.
Saya memang berharap satu hari nanti dia akan berada di tempat yang sepatutnya dia berada, pada tahap yang diinginkan.
Terdahulu, Ernie mengesahkan dia bakal menyanyikan sendiri lagu ciptaannya, Astana pada saingan hari kedua SFMM 38.
Pengumuman itu sekali gus menamatkan spekulasi bakal menarik diri daripada menyertai pertandingan itu selepas dikatakan tidak menerima sebarang kenyataan rasmi daripada bekas syarikat rakamannya, Rocketfuel Entertainment untuk menggantikannya dengan penyanyi, Nadeera Zaini.
Untuk info, lagu nyanyian Ziana duet bersama Hasif Upin berjudul Waktu turut tercalon dalam saingan SFMM 38.
SFMM 38 bersiaran secara langsung selama tiga hari berturut-turut dari 15 Disember 2023 hingga 17 Disember 2023, pukul 3.00 petang dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my.