berita

#SFMM38: ‘Komposer & Syarikat Label Boleh Tukar Penyanyi, Asalkan Bawa Dengan Baik’ – Penerbit Eksekutif

December 12th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Muzik Muzik 38

Penerbit Eksekutif Semi Final Muzik-Muzik 38 (SFMM38), Sufian Che Isa menjelaskan ketiadaan beberapa penyanyi asal di peringkat separuh akhir disebabkan beberapa faktor dan isu yang timbul.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aina Abdul Jawab Dakwaan Bayaran Mahal – ‘Saya Disiapkan Oleh Pasukan Yang Perfectionist, Jadi Setimpal’

Artikel Berkaitan: 30 Lagu Bakal Berentap Di SFMM38! Ziana Zain, Aina Abdul & Hael Husaini Antara Persaing Hangat

Tukar penyanyi asal bersebab

Muzik Muzik 38

Ketika ditemui OhBulan!, Sufian berkata antara faktor tersebut adalah disebabkan keadaan kesihatan dan permintaan syarikat label lagu yang ingin menukar penyanyi mereka.

Ini pertandingan lagu dan lirik, bagaimanapun penyanyi yang menyanyikan lagu itu sendiri juga sangat penting.

Ketiadaan penyanyi asal untuk beberapa buah lagu disebabkan beberapa isu dan faktor.

Sebagai contoh lagu Black digantikan dengan Ara Johari. Black tidak dapat menyanyi disebabkan peti suaranya tidak berapa okay, mengalami kesakitan.

Kami memang seboleh-boleh mahukan penyanyi asal yang tampil pada SFMM38 nanti, tetapi disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Penukaran penyanyi adalah atas perbincangan. Komposer dan syarikat label  boleh menukar penyanyi, asalkan penyanyi gantian itu membawakan lagu itu dengan baik.

Pihak kami tidak mempunyai sebarang masalah untuk menukar lagu, asalkan kedua-dua bersetuju.

Sufian berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumuman 30 buah lagu berjaya ke SFMM38 yang berlangsung di Jiospace, Damansara pada Ahad.

Antara penyanyi gantian yang akan tampil di SFMM38 ialah Nadeera Zaini (Astana – Ernie Zakri), Ara Johari (Dua Darjat – Black Hanifah), Putera Muhammad (Alah Bisa – Faizal Tahir) dan Santai (Naqiu – Faizal Tahir).

SFMM 38 yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy bakal bersiaran secara langsung selama tiga hari berturut-turut bermula 15 Disember hingga 17 Disember ini dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam jam 3 petang.

SKIP THIS AD ×