berita

#SFMM38: Sufian Suhaimi Sedih – ‘Saya Nak Maklumkan Lagu Budi Tidak Akan Bertanding’

December 17th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Penyanyi, Sufian Suhaimi dengan berat hatinya mengumumkan lagu nyanyiannya bersama Luca Sicta dan Kmy Kimo yang berjudul ‘Budi’ tidak akan bertanding bagi saingan Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38), hari ini.

Artikel Berkaitan: Ernie Zakri ‘Rebut’ Dari Nadeera, Bakal Berentap Di Pentas SFMM38 Esok

Terima kasih beri sokongan

Berita mengejutkan tersebut diumumkan sendiri oleh penyanyi berusia 31 tahun itu menerusi Instagram (IG) Storynya.

Assalamualaikum, berat hati saya ingin memaklumkan lagu ‘Budi’ tak akan bertanding di semi final Muzik Muzik kali ini.

Dalam pada itu. pelantun lagu ‘Dimatamu’ menitipkan ucapan terima kasih buat semua yang tidak putus memberikan sokongan kepadanya di samping mengucapkan tahniah buat rakan artis lain yang bertanding.

Terima kasih buat semua yang mengundi dan memberikan sokongan buat lagu ‘Budi’.

Tahniah dan selamat maju jaya buat rakan-rakan yang bertanding.

Sekadar info, lagu ‘Budi’ merupakan antara 30 buah lagu yang berjaya melayakkan diri ke peringkat SFMM 38 selepas mendapat undian tertinggi daripada peminat.

Daripada 30, hanya 12 buah lagu sahaja yang bakal melayakkan diri ke saingan Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38).

SFMM38 bersiaran secara langsung selama tiga hari berturut-turut dari 15 Disember 2023 hingga 17 Disember 2023, pukul 3.00 petang dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my.

SKIP THIS AD ×