Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memuji bakat penyanyi meningkat naik, Aisha Retno.
Artikel Berkaitan: #SFMM38: Wani Kayrie Sedih Gagal Ke AJL – ‘Pernah Rasa Give Up, Lagu Macam Mana Orang Akan Lihat Bakat & Usaha Saya?’
Artikel Berkaitan: #SFMM38: Juri Terkilan Lagu Tidak Dinyanyikan Penyanyi Asal – ‘Contohi Jamal Abdillah & Ziana Zain’
‘Sangat berbakat besar’
Menerusi hantaran di Instagram, Siti berkata Aisha memiliki bakat yang hebat dan mendoakan lagu nyanyiannya berjudul Sutera berjaya di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38).
Insya-Allah, kalau ada rezeki tak ke mana ya. Adik (Aisha) sangat berbakat besar.
Dalam hantaran sama, Siti turut mengulang siar atau ‘repost’ semula sebuah berita dia memuji persembahan Aisha di Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM 38), baru-baru ini.
Terdahulu, persembahan Aisha di SFMM 38 menerusi lagu Sutera telah mendapat pujian orang ramai.
Malah, beberapa video persembahan Aisha telah dikongsikan semula dan tular di laman TikTok sehingga menarik perhatian pelantun lagu Purnama Merindu itu.
Siti dilihat meninggalkan komen pada sepotong video dengan mengatakan ‘Terer Aisha ni ya’.
Komen berkenaan telah mendapat respon wargamaya yang rata-ratanya bersetuju dengan Siti selain mengatakan lagu ciptaan Aisha dan MFMF bakal memberi saingan hebat pada finalis AJL 38 yang lain.
Sumber: Instagram