Penyanyi Wani Kayrie akui sedih apabila lagu nyanyian berjudul ‘Kamu Kamu’ terkandas di Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM 38) dan gagal ke Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38).
Artikel Berkaitan: #SFMM38: Juri Terkilan Lagu Tidak Dinyanyikan Penyanyi Asal – ‘Contohi Jamal Abdillah & Ziana Zain’
Artikel Berkaitan: #SFMM38: Juri Sukar Pilih 12 Lagu Layak Ke AJL – ‘Banyak Sangat Balada, Ingin Beri Ruang Genre Lain’
‘Rasa nak give up’
Menerusi luahan di Instagram, Wani berkata saban tahun dia mencuba nasib untuk menonjolkan bakatnya dengan membawakan pelbagai genre di pentas Muzik-Muzik sejak tahun 2015.
Kata Wany, dia tertanya-tanya jenis lagu bagaimanakah yang harus dinyanyikan agar bakatnya dapat dilihat dan diiktiraf.
Jujur rasa sebak sangat, sebab sedar tak sedar dah genap 8 tahun semenjak kali pertama munculnya saya dengan lagu Jangan-Jangan (2015) dan berjaya masuk pencalonan Muzik-Muzik untuk kali pertama.
Setiap tahun berikutnya saya sentiasa mencuba nasib untuk loloskan diri bertanding lagu sendiri di salah satu pentas berprestij di Malaysia, namun tidak ada rezeki lagi sehingga ke hari ini.
Kadang rasa sedih dan tertanya-tanya lagu macam mana lagi yang patut dipertaruhkan agar orang pandang bakat dan usaha dalam diri saya ini.
Saya pun sentiasa mencuba untuk explore pelbagai genre lagu, dah kerja dengan pelbagai komposer hebat, dah cuba buat lagu ikut trend tapi tak pernah berjaya.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 23 tahun itu berkata, ada ketika dia merasakan sudah berputus asa menjadi penyanyi, namun masih teringat akan sokongan peminat.
Bagaimanapun jelas Wani, dia akan terus berusaha dan percaya rezeki akan datang tepat pada waktunya.
Kadang rasa nak give up dah tapi sebab saya menghargai orang yang masih menyokong dan pendengar.
Seronok tengok kawan-kawan lama malah yang baru juga dalam industri berjaya mendapat pengiktirafan, penghargaan dengan lagu mereka sendiri.
Mungkin kena cuba dan tunggu lagi kan. Tak apalah, sabar itu indah. Apa pun tahniah semua rakan-rakan saya yang mara ke AJL 38.