Selepas lapan tahun tidak berlakon drama, aktor Shaheizy Sam akhirnya kembali ke kaca televisyen menerusi drama rantaian Takdir Itu Milik Aku.
Artikel Berkaitan: Filem ‘La Luna’ Berunsur Liberal? Shaheizy Sam Dah Minta Pandangan Ustaz Di Makkah – ‘Saya Tidak Ketepikan Agama’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syatilla Melvin ‘Sound’ Individu Berani Minta Bermadu – ‘Datanglah Dulu, Kalau Boleh Kena Air Panas’
Tak bagi anak tengok
Ketika ditemui OhBulan!, Sam berkata watak yang dibawakan dalam drama tersebut adalah lelaki yang tidak beradab dan agak kasar sekali gus mencabar kredibiliti dirinya sebagai seorang aktor.
Malah, Sam mendedahkan tidak membenarkan anak-anaknya untuk menyaksikan lakonannya dalam drama arahan Feroz Kader itu.
Watak yang saya dapat dalam drama Takdir Itu Milik Aku boleh dikatakan agak kasar. Watak anak tunggal yang kurang adab. Selepas sekian lama, lebih lapan tahun tak buat drama, dapat pula watak begitu.
Agak mencabar untuk saya. Malah sehingga episod ketiga disiarkan di tv saya tak benarkan anak-anak saya tengok lakonan dalam drama Takdir Itu Milik Aku. Saya pesan dengan isteri saya juga.
Sam berkata demikian ketika ditemui pada majlis program Ramadan Astro yang diadakan di M Resort @ Hotel Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambah Sam, dia berasa risau sekiranya anak-anak tidak dapat membezakan watak dalam drama dan realiti sebenar.
Memang itu sekadar lakonan, tetapi ada kalanya orang dewasa pun akan termakan dengan watak sesebuah watak, apatah lagi kanak-kanak. Saya takut anak akan fikir bapa mereka sama seperti dalam lakonan bila berjumpa dengan orang lain.