Baru-baru ini, tularnya potongan video sesi siaran langsung yang dilakukan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Artikel Berkaitan: ‘Awak Penyanyi No.1, Saya Belakang Awak’ – Siti Nurhaliza ‘Akui’ Aliff Syukri Penyanyi Hebat
‘Aliff Syukri No. 2’
Siti Nurhaliza breaks her silence dan akhirnya menjawab persoalan siapakah Penyanyi No. 2 Malaysia pic.twitter.com/RFpomoYG15
— PELANGI MENJELMALAHHHHHHH (@IniAlalalannn) July 29, 2023
Menerusi sesi siaran langsung tersebut, salah seorang pengikut Siti telah bertanyakan siapakah penyanyi nombor dua sekiranya beliau merupakan penyanyi nombor satu.
Apa yang menghiburkan ialah, pelantun lagu ‘Jerat Percintaan’ itu secara berseloroh menyatakan pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sebagai penyanyi nombor dua di belakangnya.
Haritu Aliff Syukri nombor satu lepastu dia dah bagi dekat saya so dia jadi nombor dua, boleh?
‘Saya sahut cabaran ini’
View this post on Instagram
Susulan itu, Aliff Syukri dalam satu hantaran meluahkan rasa terharu dengan gelaran yang diberikan penyanyi tersohor negara.
Bukan itu sahaja, Aliff juga menganggap gelaran yang diberikan Siti itu sebagai satu penghargaan buat dirinya.
Alhamdulillah, akhirnya Datuk Seri Siti Nurhaliza telah memilih saya sebagai artis nombor dua.
Satu penghargaan saya rasakan di saat orang lain mengecam dan menghina, beliau telah menerima bakat saya seadanya.
Syukur Alhamulillah. Tunggulah awak (Siti Nurhaliza), hari raya ini awak akan jadi nombor dua balik ya, saya nombor satu kembali.
Menerusi hantaran itu juga, Aliff turut menyanyikan lagu Siti yang berjudul ‘Cindai’.
Dapat dilihat isterinya, Datin Sri Nur Syahida tidak dapat menahan ketawa tatkala mendengar suara ‘lunak’ suaminya itu.
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah Aliff yang begitu gembira dengan gelaran yang diberikan itu.