Pelakon dan pelawak Shahrol Shiro meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila barisan pelawak baharu tidak ditonjolkan dalam program lawak.
Artikel Berkaitan: ‘Kaji Semula Juri, Tak Perlu Ada Sang Bara Dalam Maharaja Lawak Mega’ – Shahrol Shiro
Bagi mereka peluang
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Shahrol kecewa dengan tindakan pihak terlibat yang tidak memanfaatkan bakat pelawak baharu.
Kata pengacara berumur 37 tahun ini, peluang harus diberikan supaya pendatang baharu ini dapat mencipta nama sendiri.
Serius aku teruja bila muncul program ‘Mencari Sepahtu Yang Hilang’ diadakan. Maka wujudlah bakat-bakat baru yang akan mewarnai dunia komedi Malaysia.
Seakan sewaktu zaman Senario dulu Apek dan Yassin diberi peluang dan diangkat bersama memeriahkan industri komedi ketika itu.
Tetapi hari ini apa dah jadi dengan Astro Warna. Labur buat program ‘Mencari Sepahtu Yang Hilang’ bila dah jumpa yang hilang, dibuang entah ke mana.
Alasannya hadiah bonus buat mereka? Jadi tak perlu la meletakkan nama program ‘Mencari Sepahtu Yang Hilang’ jika sekadar bonus sahaja.
Sepatutnya berilah mereka peluang beberapa musim supaya nama mereka boleh dikenali. Awal-awal kita masuk ke industri komedi pun tak lawak mana tetapi apabila peluang sentiasa diberikan alhamdulillah masing-masing mencipta nama sendiri.
Jangan bunuh bakat baru
Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Shahrol Azizie Azmi menekankan agar anak kepada pelakon komedi lagenda tanah air, Allahyarham Mr Os iaitu Mohamad Hafizul Mohd Yusof atau dikenali Dewa juga mendapat ruang untuk menggilap bakat terpendam.
Tegasnya, bakat baharu ini ada potensi untuk menyinar dalam dunia komedi oleh sebab itu mereka perlu diraikan bukannya diketepikan.
Mohon berilah peluang kepada anak Allayarham Abang Os kerana mereka sangat berpotensi dan juga raikan bakat-bakat baru juga yang sedia ada tetapi tidak diberi peluang.
Hentikan membuat keputusan berdasarkan suara-suara ghaib. Astro Warna adalah platform meraikan warna warni komedi di Malaysia. Jangan bunuh bakat-bakat baru dan sedia ada.
Sumber: Instagram @shahrol_shiro