Pengarah dan penerbit terkenal, Shahrulezad Mohameddin menyifatkan penyanyi, Mizz Nina sebagai individu yang bijak dalam mengawal masalah tanpa membuka aib sesiapa.
Artikel Berkaitan: Mizz Nina Dipuji Netizen, Artis Tak Buka Aib Rumah Tangga
Artikel Berkaitan: Berita Nad Zainal Meninggal Dunia Palsu, Shahrulezad Minta Netizen Henti Sebar
Melondehkan aib
Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, pengarah yang lebih mesra dengan nama Budak Ijat ini berpendapat selebriti atau public figure seharusnya tidak perlu membuka pekung sesiapa apabila menghadapi sebarang ujian.
Dalam masa sama, orang ramai tidak akan turut sama terjebak dalam membuat pelbagai spekulasi yang boleh mendatangkan fitnah serta dosa.
Mizz Nina jugak yang kelas. Senyap senyap dia dapat apa yang dia mahukan tanpa melondehkan aib masing masing di depan kita semua. Tahu tahu settle dan move on. Dan kita pun tak berdosa kepoh sama.
Bagaimanapun, Shahrulezad tidak menyatakan nama atau membandingkan mana-mana individu dalam hantaran itu. Namun, ketika menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna Facebook mempersetujui hal itu selain turut memberikan pelbagai reaksi.
Sumber: Shahrulezad Mohameddin