berita

Shahz Jaszle Berhutang RM5,000 Dengan Neelofa?

June 25th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Neelofa

Agaknya sekarang ni memang tengah musim nama Shahz Jaszle meniti di bibir-bibir peminat dan media tempatan. Tapi yang tak seronoknya, semua cerita yang didengar mengundang kontroversi hangat.

Sebelum ini industri hiburan tempatan digemparkan dengan isu penangkapan khalwat pelakon ini dan terbawa-bawa sehingga kepada cerita putus tunang bersama seorang gadis yang bukan dari kalangan selebriti.

Namun kisah terbarunya, Shahz Jaszle kini dikhabarkan bagaikan cacing kepanasan kerana Neelofa sedang menuntut hutang berjumlah RM5,000 dari pelakon lelaki itu.

Kenapa pula Shahz Jaszle meminjam duit daripada Neelofa? Adakah ini duit yang pernah dibelanjakan Neelofa untuk Shahz Jaszle ketika mereka dikatakan sedang hangat bercinta tak lama dahulu?

Kalau tak silap OHBULAN!, beberapa tahun dulu mereka pernah digosipkan mempunyai hubungan mesra gara-gara digandingkan dalam filem Azura sebelum Shahz Jaszle mengaku pula bercinta dengan aktres muda, Miera Liyana.

Buat masa ini belum ada kenyataan daripada Neelofa mengenai duit berjumlah RM5,000 itu. Kita tunggu apa pula kata-kata yang bakal dikeluarkan oleh Shahz Jaszle, mungkin saja dia akan menafikan. Siapa tahu, kan?

SKIP THIS AD ×