Semalam, pelakon Shakilla Khoriri telah tampil membuka mulut mengenai kontroversi yang melanda dirinya sejak beberapa minggu yang lalu. Selain membuat permohonan maaf mengenai gambar ‘mesra’ dengan seorang lelaki, Shakilla turut menafikan dirinya merupakan orang ketiga dan penyebab lelaki tersebut menceraikan isterinya.
Artikel Berkaitan: ‘Ingat Aku Ni Apa…Dajjal Ke Jahat Sangat’ – Shakilla Khoriri Nafi Paksa Suami Orang Cerai Isteri
Artikel Berkaitan: ‘Isu Gambar Mesra Saya Minta Maaf…Itu Memang Khilaf Saya’ – Shakilla Khoriri
Artikel Berkaitan: ‘Si Penghantar Email…Kamu Yang Mulakan Permainan Ini, So Let’s Play’ – Shakilla Khoriri
Artikel Berkaitan: ‘Mungkin Ada Persamaan Tinggi, Bentuk Badan & Muka, Tapi Bukan Saya’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Jumpa Urusan Kerja, Orang Salah Anggap’ – Shakilla Khoriri Jawab Isu Gambar Mesra Dengan Suami Orang
Nafi ‘mandrem’ suami orang
Terbaru, ibu kepada seorang cahaya mata ini menepis dakwaan ‘mandrem’ (sihir) suami orang.
Hidup aku, nyawa aku, ini yang paling mahal (anak). Dengan nama anak aku, aku tak ada ‘mandrem’ (sihir) orang.
Menurut Shakilla, dia berhadapan kecaman teruk apabila isu mengaitkan dirinya yang berstatus janda itu berkasih dengan suami orang timbul, termasuk dilemparkan pelbagai fitnah tidak berasas.
Kalau rasa aku ini ‘mandrem’ suami orang, pergilah berubat. Aku tak akan lari. Kalau betul aku buat lelaki ini, dia dah terkena benda-benda kotor yang kononnya aku buat, jumpa aku. Beri bukti.
Jangan senang cakap. Pasal orang perli-perli, aku tahu. Siapa yang cakap aku mandrem suami orang aku memang tak akan memaafkan orang tu sampai ke mati.
Suatu hari kau datang jumpa aku dan minta maaf dekat mak bapa aku. Aku tak rasa nak buat benda yang salah di sisi Allah. Kau ingat aku apa benda, jahil sangat ka. Ingat aku tak ada agama. Kenapa nak buli aku lagi. Jangan provoke aku lagi. Tolong clearkan semua benda ni dan buat video cakap.
Sumber: Melodi