Pelakon, Shakilla Khoriri akhirnya tampil membuka mulut mengenai kontroversi yang melanda dirinya sejak beberapa minggu yang lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Isu Gambar Mesra Saya Minta Maaf…Itu Memang Khilaf Saya’ – Shakilla Khoriri
Artikel Berkaitan: ‘Si Penghantar Email…Kamu Yang Mulakan Permainan Ini, So Let’s Play’ – Shakilla Khoriri
Artikel Berkaitan: ‘Mungkin Ada Persamaan Tinggi, Bentuk Badan & Muka, Tapi Bukan Saya’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Jumpa Urusan Kerja, Orang Salah Anggap’ – Shakilla Khoriri Jawab Isu Gambar Mesra Dengan Suami Orang
Selain membuat permohonan maaf berhubung gambar mesra dengan seorang lelaki, Shakilla turut memberi penjelasan mengenai dakwaan dia merupakan orang ketiga dan penyebab lelaki tersebut menceraikan isterinya.
Betul ke kau paksa suruh ceraikan?
Menurut Shakilla, dakwaan tersebut sememangnya tidak betul. Tambah Shakilla, dia tidak masuk campur urusan rumah tangga pasangan tersebut.
Dia ceraikan isteri dia sebelum ini atas kerelaan diri sendiri. Keputusan itu dia buat di belah sana pun tahu. Orang cakap mereka dengar saya yang paksa lelaki itu cerai isteri dia. Saya cakap bawa isteri dia dan lelaki itu datang jumpa saya. Mereka ingat aku ni apa dajjal ke. Jahat sangat.
Itu keputusan mereka. Kalau tak nak bercerai tak payah. Teruskan sahaja rumah tangga. Saya yang kata tak apa pergi ‘repair’.
Masa dia jadi suami orang kami tak berhubung kecuali kami berjumpa dengan kawan-kawan lain disebabkan kerja. Selepas ini kalau saya dengar lagi orang kata saya provoke lelaki ini bercerai..saya suruh Melodi panggil semua orang yang cakap macam ni menghadap kita depan kamera.
Mari lelaki itu, isteri dia kita duduk sini bagitahu apa yang punca dia. Saya ni perempuan tau. Saya tak ada cakap u ceraikan isteri u. Tak ada. Itu adalah keputusan dia. Saya hanya bagi kata-kata putus saya tak boleh bermadu sebab saya tahu saya tak mampu untuk bermadu.
Sumber: Melodi