Sebelum ini, pelakon, Shakilla Khoriri memberitahu dia akan tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan yang mengatakan dia menjalin hubungan cinta dengan seorang individu berstatus suami orang.
Artikel berkaitan: ‘Mungkin Ada Persamaan Tinggi, Bentuk Badan & Muka, Tapi Bukan Saya’
Artikel berkaitan: ‘Saya Jumpa Urusan Kerja, Orang Salah Anggap’ – Shakilla Khoriri Jawab Isu Gambar Mesra Dengan Suami Orang
Beri penjelasan
Terbaru, ibu kepada seorang cahaya mata ini berkata dia sudah memberi penjelasan kepada pihak Melodi dan kenyataannya akan disiarkan dalam program tersebut.
Minggu ini sepatutnya saya keluarkan video untuk beri penjelasan dan selesaikan semuanya. Rezeki Melodi bila mereka datang dulu tanya saya pasal itu.
Jadi tengoklah apa yang keluar dekat Melodi. Tapi jika ada apa-apa kenyataan dan penjelasan dari saya yang tak dikeluarkan atau nampak ‘pelik’ dari pihak mereka untuk saya, saya terpaksa untuk memperjelaskan semula setiap perkara minggu hadapan beserta bukti.
Tambah Shakilla, dia akan memberi penjelasan sekiranya kenyataan yang dikeluarkan nampak ‘pelik’ beserta bukti.
Saya minta maaf jika posting kali ni agak kasar dan akan mencetuskan banyak perkara tapi demi anak dan air muka mak abah saya, saya berdiri untuk hadap semua ni dan clearkan najis yang seorang hamba Allah ini tinggalkan dalam kehidupan kami.
Dari niat untuk melupakan dan memaafkan aku jadi terpanggil untuk bangun dan bersuara untuk jelaskan kes bodoh yang dibangkitkan oleh individu kurang bijak.
Kenapa tak berani tampil
Tak tahu apa motif tapi aku boleh gelar dia sebagai pengecut! Jika berani menyebarkan cerita dan fitnah, kenapa tak berani tampil berdepan dengan semua orang dan hadapai kenyataan? Come on. You come and see me infront of everyone kalau betul kamu dipihak yang benar.
Bukan bersembunyi. Kalau berani buat t*hi, maka aku anggap kamu juga berani untuk tanggung risiko atas perbuatan kamu. Si penghantar email, you start the game so let’s play. Even ramai Allah hantar dan temukan aku dengan ramai orang untuk bantu untuk trace individu disebalik email yang menyebar fitnah dan mencuri gambar-gambar peribadi aku tu.
Saya still nak minta bantuan semua untuk bantu saya untuk trace penghantar email ni, mungkin ada cara atau kenalan atau apa saja yang membantu saya untuk saya bersihkan nama mak abah dan anak saya. Saya tak mengapa. Saya memang sudah di cop jahat. Saya okay.
Terdahulu, Shakilla berkata dia tidak menolak kemungkinan sekiranya ada individu yang sengaja mencetuskan kontroversi tersebut kerana mahu memburukkan namanya.
Malah, dia terbuka sekiranya bertemu secara empat mata dengan individu yang mendakwanya.
Saya rasa ada individu di sebalik perkara ini dan dia mengenali siapa saya. Kalau ada masalah, boleh saja terus hubungi saya tanpa perbesarkan isu tersebut.
Jumpa saya terus sebab fitnah yang disebarkan ini sangat melampau.
Dalam pada itu, Shakilla berkata, sejak bergelar ibu tunggal dan bergerak solo, dia sering bertemu dengan orang ramai atas urusan kerja.
Oleh itu, tidak mustahil sekiranya ada pihak yang tersalah anggap mengenai perkara tersebut.
Sumber: Shakilla Khoriri