berita

Shakira Lahirkan Bayi Lelaki, Terus Daftar Ahli Kelab Bola Barcelona

January 23rd, 2013 | by Ai
Hollywood

shakira-pregnant-pique

Sama seperti bapanya iaitu Gerard Pique, 25, yang merupakan pemain bola bagi kelab Barcelona, anak lelaki Shakira yang baru dilahirkan semalam turut didaftarkan sebagai ahli kelab tersebut selepas dilahirkan, semalam.

Penyanyi popular Shakira, 35, telah selamat melahirkan anak lelaki bernama Milan Piqué Mebarak di Barcelona pada 22 Januari, 9.36 malam. Menerusi laman web rasmi Shakira, hospital mengesahkan kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat selepas bersalin.

Screen Shot 2013-01-23 at 12.00.30 PM

Melalui laman Twitter Shakira sekitar 8 jam lepas pula, penyanyi popular ini sempat menulis status berbunyi, “I’d like to ask you all to accompany me in your prayers on this very important day of my life. Shak.”

Screen Shot 2013-01-23 at 12.05.40 PM

Walau bagaimana pun, gambar bayi mereka masih belum dimuatnaik lagi.

SKIP THIS AD ×