berita

Sham Visa Laku Keras.. Tak Menang Tangan Buat ‘Job’ Lakonan, Menyanyi & Jadi Tenaga Pengajar

March 29th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Vokalis kumpulan Visa, Sham yang popular sekitar tahun 90-an kembali meraih perhatian peminat dan populariti selepas kemunculan semula dalam bidang seni menerusi program realiti Gegar Vaganza musim keenam pada tahun 2019.

Artikel Berkaitan: Sham Visa Dedah Terima Lebih 1000 Mesej Setiap Hari, Kebanyakan Dari Wanita Sudah Berkahwin

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bahan’ Raisa Guna Bahasa Inggeris, Nabil Ahmad Dilabel Tidak Profesional

Jadual padat

Ketika ditemui OhBulan!, penyanyi berusia 52 tahun itu berkata dia banyak menerima jemputan menyanyi dan begitu juga dengan tawaran belakon selepas kemunculannya di program realiti tersebut.

Alhamdulillah, selepas sahaja berakhir program Gegar Vaganza saya ada dapat pelbagai jemputan menyanyi dan juga tawaran berlakon bagi drama-drama.

Ketika diajukan soalan tentang perkembangan terkini, Sham atau nama sebenarnya Rohisham Hashim berkongsi bahawa sepanjang bulan Ramadan ini jadualnya padat dengan beberapa buah drama yang bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Untuk Ramadan tahun ini saya memang aktif bekerja dan ketika ini saya sedang menunggu beberapa drama untuk saya jalani penggambaran.

Dalam pada itu, selain kerjaya dalam bidang seni, penyanyi jolokan ‘Tony Stark’ turut berkongsi tentang kerjayanya sebagai tenaga pengajar.

Saya ada mengajar di National Institute of Occupational Security and Health dan saya mengajar bagaimana cara yang selamat untuk memanjat. Sepanjang bulan puasa ini pekerjaan tersebut tetap saya lakukan.

SKIP THIS AD ×