Usahawan dan pempengaruh Shaniena Natasya memaklumkan dirinya bakal menimang cahaya mata selepas setahun menanti kelahiran pertama.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Hadiahkan Shaniena Natasha Penerbangan ‘Business Class’ Sempena Hari Jadi – ‘Dia Tak Nak Saya Sakit Belakang’
Kongsi amalan doa
Menerusi ciapan dibuat di aplikasi Thread, Shaniena yang mesra disapa Niena turut berkongsi doa yang diamalkannya bagi mendapatkan cahaya mata setiap kali mengerjakan solat.
Tambah Niena, dia juga sentiasa menjaga pemakanan untuk memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan sihat.
Apa yang saya buat, pada sujud terakhir (sebelum tahiyat akhir) akan baca, ‘Robbana habla min azwaajinaa wa zurriyatina qurrota’ayunin, waj’alna lil muttaqiina imaama.’
Kemudian, selalu juga baca surah al-Yusuf dan sentiasa gembirakan diri. Sentiasa percaya dengan takdir Allah.
Selalu juga sibukkan diri dan jaga badan dengan main gim, jaga pemakanan dan diet.
Jangan putus asa
Justeru, Niena berharap wanita yang masih belum mempunyai rezeki dikurniakan anak di luar sana untuk tidak berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT.
Utk (wanita) yang masih menanti kelahiran (TTC) jangan sedih sebab saya pun dah setahun lebih TTC dan sekarang ini Alhamdulillah akan jadi ibu lepas raya 2025 nanti.
Untuk info, Shaniena mendirikan rumah tangga bersama suaminya iaitu Choudhry Wasim pada Mei tahun lalu.
Sumber: Threads Niena Natasha