
Personaliti media sosial dan usahawan, Shaniena Natasya mengucapkan rasa syukur selepas mengambil keputusan untuk berhenti daripada mengambil minuman alkohol dan shisha.
Artikel Berkaitan: Shaniena Natasya Hilang Sabar, Selar Netizen Kecam Main Pickleball Dalam Pantang
Artikel Berkaitan: Shaniena Natasya Menangis Terima Komen Jelek Tentang Anak
Keputusan yang tepat
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, Shaniena memaklumkan bahawa tindakannya itu telah memberi kesan baik terhadap kesihatan dirinya terutama selepas mengetahui dia sedang berbadan dua.
Dua tahun saya berhenti ambil alkohol dan setahun berhenti hisap shisha. Sekarang ini saya rasa sangat bersyukur.
Berbaloi untuk saya, terutama apabila dapat tahu yang saya hamil dan kemudian menyusu anak pula.
Benda itu saya berhenti dengan smoothly.
Netizen kagum
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum terhadap Shaniena dan akan sentiasa menyokong perubahan positif yang dilakukannya.
Teruskan okay, saya akan sentiasa doakan awak.
Apa yang baik saya akan sokong, untuk anak kita usahakan yang terbaik. Tak rugi berkorban untuknya sebab itu harta dunia akhirat.
MasyaAllah, progres yang kecil pun tetap progres juga. Nanti bila anak dah besar, awak akan tahu pengorbanan yang awak sanggup buat itu sangat berharga demi anak.
Sumber: Threads