berita

Sharif & Syaiful Tawan Hati Juri Tetap, Dipuji Faham Erti Kerja – ‘Daripada Awal Sampai Akhir Mummy Suka’

October 29th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

zero fd3

Persembahan pembukaan oleh duo Sharif dan Syaiful di Famili Dua minggu ketiga mendapat sorakan yang hebat daripada penonton.

Artikel Berkaitan: ‘Persembahan, Nyanyian Hari Ini Semua Mummy Tak Suka’ – Mas Idayu

Artikel Berkaitan: Famili Duo 3: ‘Mimpi Shila Tidak Ada Kena Mengena Dengan Saya, Hebat Netizen!’ – Sophia Albarakbah

Persembahan pembukaan terbaik

zero fd3

Bertemakan ‘rock’, duo ini mempersembahkan lagu Sekelip Mata Kau Berubah dan Bujang Senang. Persembahan yang cukup kreatif ini menerima pujian dan komen positif daripada kedua-dua juri tetap iaitu Mas Idayu dan Ajai.

Mas Idayu akui dia sangat menyukai persembahan pembukaan daripada Sharif dan Syaiful. Malah menyifatkan duo ini mempunyai usaha dengan menggunakan props yang ada bagi memastikan persembahan mereka menarik.

Daripada awal sampai akhir, mummy suka. Apa yang awak buat adalah awak buat come back, ada usaha at least gunakan prob tu. Tapi hari ini mummy suka persembahan pembukaan.

Sementara Ajai berkata, duo ini telah menjalankan amanah kerja mereka dengan baik. Bukan itu sahaja, dua beradik ini bijak menyampaikan sesuatu mesej dengan menggunakan ekpresi.

Pada saya ini, namanya kerja. Awak tahu apa erti kerja yg telah diamanahkan. Bagusnya kamu ni sebab kamu ni pelakon. Apa sahaja ekspresi mencerminkan apa yang hendak disampaikan. Ada penyanyi guna props tapi tak gunakan ekpresi tu.

Ini baru namanya persembahan, kreatif. Awak buat research. Tahniah, permulaan yang bagus.

Sekadar info, selain Sharif dan Syaiful, FD3 turut menampilkan lima lagi pasangan duo lain iaitu Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, Shila dan Syahir, Adira Suhaimi dan Ema Suhaimi, Ryan dan Adam Bakery, serta Fuad Rahman dan Tom.

Dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di www.tonton.com.my.

@ohbulanofficial

Memang betul-betul Rock dorang ni ??#ohbulan #sembangentertainment #familiduo #sharif #syaiful #zero

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×