Duo beradik, Sharif dan Syaiful Zero mencipta kejutan apabila diumumkan juara musim ketiga Famili Duo yang disiarkan secara langsung dari Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam dan disiarkan menerusi saluran TV3 pada malam Ahad.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lepas Ni Kau Tunggu Surat Saman!’ – Ajai
Bawa pulang RM100,000
Dinobat sebagai juara dengan memperoleh markah keseluruhan sebanyak 81%, duo beradik ini membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.
Bertemakan berkumpulan atau duet popular, Sharif dan Syaiful mendendangkan lagu Kong Kali Kong nyanyian asal Namie dan Floor88.
Manakala segmen kedua menyaksikan pasangan duo ini menyampaikan lagu medley Lemak Manis, Umpan Jinak Di Air Tenang dan Joget Angan Tak Sudah. Apa yang mengejutkan, kedua-dua persembahan Sharif dan Saiful pada malam final Famili Duo menerima markah perfect 10 daripada juri tetap.
Pasangan duo yang turut bertanding di pentas akhir Famili Duo Musim Ketiga adalah Haqiem Rusli & Ariff Bahran dan Adira & Emma Suhaimi.
Pasangan lain yang turut menyertai program terbitan TV3 itu adalah duo adik- beradik, Shila & Syahir Amzah, Ryan & Adam Bakery dan duo suami isteri, Tom & Fuad.
Penonton turut dihiburkan dengan persembahan Syamel dan Ernie Zakri manakala Janna Nick dan Izzue Islam bertindak sebagai pengacara
Pemarkahan peserta ditentukan juri tetap iaitu Mas Idayu dan Ajai dengan nilai markah 70 peratus manakala baki adalah menerusi undian atas talian penonton.