berita

Sharifah Aleya Dirai Mengikut Adat Tradisi Bajau Dalam Majlis Sambut Menantu Di Sabah

March 25th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

Sharifah Aleya-12

Setelah hampir tiga bulan menjadi isteri buat kali kedua, penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al Yahya telahpun selamat diraikan dalam majlis sambut menantu yang diadakan di kampung halaman suaminya di Sabah pada hujung minggu lepas.

Menerusi foto-foto yang dimuat naik di Instagram milik Leya dan adiknya, Sharifah Amani, kedua-dua pengantin baru itu memilih untuk disambut mengikut adat tradisi masyarakat Bajau.

Apa yang menariknya, Leya dan suami, Muhammad Azam Abdullah atau lebih dikenali sebagai Miko Abdullah turut sama-sama mengenakan busana khas lengkap dengan aksesori tradisi berwarna kuning.

Screen Shot 2014-03-24 at 21.41.57

Berbeza dengan majlis akad nikah yang diadakan serba sederhana, majlis resepsi sebelah pengantin lelaki itu telah berlangsung dalam suasana cukup meriah sambil dihadiri kaum keluarga dan sanak saudara.

Malah, penyanyi terkenal, Marsha Milan Londoh dan Velvet Aduk yang juga berasal dari Sabah tidak melepaskan peluang menghadiri majlis tersebut.

Untuk pengetahuan anda, Leya bercerai dengan bekas suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin pada 29 Februari 2012 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang anak kembar perempuan, Aza Ameena dan Asha Ameena.

Buat semua pembaca OHBULAN!, jom lihat foto-foto bahagia pasangan ini di samping keluarga dan anak-anak mereka di bawah.

Kredit foto : Instagram Sharifah Amani & Sharifah Aleya

SKIP THIS AD ×