Pelakon Sharifah Sakinah memaklumkan bahawa dirinya akan berehat selama dua minggu daripada menggunakan media sosial sehingga 26 November.
Artikel Berkaitan: #BestiesPapeRoger: Rawat ADHD, Sharifah Sakinah Habis Lebih RM100,000
Utamakan kesihatan mental
Menerusi posting di Instagram, Sakinah berkata dia memilih untuk mengutamakan kesihatan mental dan emosinya susulan daripada berita-berita mengenai peperangan dan ketamakkan manusia yang sedang berlaku di Palestin.
Saya akan berehat dari media sosial. Sungguh menyedihkan melihat dunia pada masa kini. Saya akan mengutamakan emosi saya dan menghantar doa kepada semua yang terjejas dalam peperangan dan ketamakan manusia.
In silence for days. I will liberate myself from news and any other media. It’s devastating to see the world nowadays. I will prioritize protecting my emotions and send prayers to all those affected by wars and human greed.
Tambah Sakinah, dia masih boleh dihubungi berkaitan dengan kerja melalui emelnya dan turut menyatakan jenis-jenis produk yang dia tidak mahu bekerjasama.
Untuk urusan kerja, please email me. (Note: No slimming, whitening products, or inappropriate brands supporting wars or global warming contoh fast fashion, etc).
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat Sakinah dan berharap urusannya dipermudahkan.
Sumber: Fizi Ali