Sharifah Shahirah menyatakan bahawa naluri hati seorang isteri dan wanita itu sangat kuat dan dia tahu akan gerak geri suaminya.
Artikel Berkaitan: Sharifah Shahirah Positif Covid-19 Kali Kedua – ‘Jangan Marah I’
Artikel Berkaitan: Anak Sulung Kahwin Hari Ini, Sharifah Shahirah Teruja Buat Persiapan Bersama Keluarga & Rakan
Ada yang cuba dekati suami
Sharifah Shahirah yang mesra dipanggil Shiera menyatakan bahawa dia percaya kepada ketentuan Allah SWT, walaupun dia sendiri pernah menghadapi masalah dengan ‘penyondol’.
Bayangkan kami pernah duduk bersebelahan sedangkan saya tahu dia pernah ‘try’ suami saya. Namun, saya memilih untuk pandang dia saja.
Pelakon, pengacara dan penyampai radio ini juga menyatakan bahawa dia pernah berniat meminta wanita tersebut untuk menjelaskan tentang hal yang sebenar, namun dia mengambil keputusan untuk tetap bersabar kerana dia berasa kesian kepada wanita itu.
Saya bersabar dan meminta suami untuk berterus terang dan berbincang mengenai hal ini.
Tak menyebelahi mana-mana pihak
Sebelum ini, Sharifah Shahirah pernah dikecam di media sosial kerana dia mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak menyokong mana-mana pihak berkenaan dengan isu ‘penyondol’.
Saya ada ramai kenalan yang bergelar isteri pertama, kedua dan ketiga. Itu hak mereka. Jadi kalau ada yang nak ‘menyondol’ ke apa, tidak perlu mengata orang.
Akibat pendiriannya itu, dia bukan sahaja dikecam malah ada yang sanggup mendoakannya supaya dia menerima nasib yang sama, walaupun dia tidak pernah memandang serong terhadap mana-mana wanita yang menjalani kehidupan berpoligami.
Kadang-kadang saya sokong isteri pertama dan ada ketika saya suka dengan isteri yang kedua. Disebabkan itu, ada yang menyelar dan mendoakan saya menerima nasib yang sama.
Terdahulu, Shiera mendirikan perkahwinan bersama Ijoy pada 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata. Shiera sebelum itu, pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis Black Dog Bone, Jatt dan mempunyai seorang anak perempuan.
Sumber: Harian Metro