Pelakon Sharnaaz Ahmad menerima komen daripada seorang wanita yang menyentuh kembali isu bayaran nafkah terhadap bekas isterinya Noor Nabila.
Artikel Berkiatan: [VIDEO] Ucapan Istimewa Sharnaaz Ahmad Kepada Anak Buat Ramai Tersentuh – ‘Baba Lakukan Semua Ini Untuk Jebat Jayden’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Datang Daripada Broken Family, Tidak Mahu Anak Rasa Apa Saya Rasa‘ – Noor Nabila
Komen melampau
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memuat naik tangkap layar komen yang ditinggalkan oleh wanita berkenaan.
Dalam masa yang sama, pelakon filem Polis Evo 3 itu juga bertindak mendedahkan gambar profil dan akaun wanita tersebut.
Betul ke dulu ada isu nafkah, bagi Nabila RM500 sahaja sampai bercerai?
Jawapan Sharnaaz
Tidak berdiam diri, aktor berusia 39 tahun tersebut kemudian memberi teguran kepada wanita berkenaan supaya menjaga anaknya agar tidak terikut sikap yang disifatkan melampau itu.
Bila kakak ‘gomen’, guna WiFi Starbucks berbicara.
Jaga anak tu elok-elok, jangan ikut perangai awak sudahlah.
Sekadar info, pelakon filem Polis Evo 3 itu pernah mendirikan rumah tangga bersama Nabila pada tahun 2017, namun mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2020.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, 6.
Sumber: IG Sharnaaz Ahmad