Tak pasti sama ada berita ini akan membawa kegembiraan atau kedukaan pada sekalian pembaca kami. Yang gembira dah tentulah sebab mereka suka tengok Sharnaaz bahagia dengan insan yang disayangi. Tapi yang berduka tu kami musykil sikit, mungkin sebab nak rebut cinta Sharnaaz kot?
Baiklah, sebelum ini ramai sedia maklum bahawa hubungan Sharnaaz dan kekasihnya, Anis Al Idrus ada sedikit masalah sampaikan pelakon Suamiku Encik Sotong ini memuat naik foto dan caption seperti sedang bersedih di Instagram.
Sharnaaz dan Anis bagaimanapun telah memberitahu dia masih belum bersedia untuk memberi komen lanjut mengenai isu putus cinta.
Artikel Berkaitan:
- Anis Al Idrus Nafi Cemburu Dengan Shila Amzah
- Status Kecewa Sharnaaz Ahmad Kerana Putus Cinta Dengan Anis Al Idrus?
- Dilanda Musibah: Peminat Minta Sharnaaz Ahmad Kuat Semangat
Eh macam dah tak sedih je? Cool!
Tapi terdapat sedikit kemusykilan di hati kami apabila tiba-tiba terpandangkan perkongsian terbaru Sharnaaz di Instagramnya malam semalam.
Sharnaaz dilihat telah membantu Anis mempromosikan iklan berkenaan pencarian model untuk jenama Anis Al Idrus Wardrobe.
Adakah mereka sudah berbaik dan hubungan kasih sayang antara Sharnaaz dan Anis kembali terjalin? Atau sekadar membantu atas dasar kawan? Walau apa jawapannya, kami pasti ramai yang gembira, bukan berduka.
Mungkin Sharnaaz mengunci mulut selama ini untuk memberi ruang kepada mereka berdua memperbaiki keadaan. Iyalah, kadang-kadang terlebih cakap boleh membuatkan keadaan jadi bertambah buruk.