Kebelakangan ini sering kali terlihat di media sosial pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya Noor Nabila yang tetap menjalinkan hubungan baik demi anak tunggal mereka walaupun sudah berpisah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Kagum Lagi, Sharnaaz Ahmad Jemput Jebat Pulang Di Airport
Artikel Berkaitan: Terpaksa Berjauhan Lebih Dari 3 Hari, Nabila Suruh Sharnaaz Jaga Jebat Elok-Elok – ‘You Can Do It!’
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Bab Agama, Didikan Nabila Champion!’ – Sharnaaz Ahmad
‘Walaupun berpisah tetap nampak bahagia’
Menerusi sebuah perkongsian video yang dimuat naik oleh pelakon berusia 38 tahun itu, dia bersama anak lelakinya Jebat Jayden dan bekas isteri Noor Nabila sedang mempromosikan sebuah jenama makanan. Video itu memaparkan pelakon drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu bersama Nabila dan Jebat sedang memasak dan makan bersama-sama, selain sempat berseloroh mengenai status masing-masing.
Makanan macam ini sesuailah untuk saya yang single ni. Dan juga yang disebelah saya ini kena tanya di lah.
Video tersebut kemudiannya telah dimuat naik semula di laman Twitter dan sekaligus mendapat pujian warganet yang kagum dengan cara mereka profesional ketika bekerja.
Ini adalah cara bagaimana kita patut mengendalikan perhubungan walaupun sudah bercerai, untuk kebaikan anak.
Patutnya kena berbangga lah dengan artis macam ini depan kamera pun mereka sebarkan perkara positif, bukan sibuk guna peluang yang ada untuk buat kontroversi.
Walaupun berpisah Sharnaaz dan Nabila tetap nampak bahagia.
Tahniah kepada mereka kerana menjadi ibu bapa yang hebat walaupun dah bercerai.
Tak pernah abai tanggungjawab sebagai bapa
Dalam pada itu, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad juga membalas komen ciapan warganet dengan menyatakan bahawa dia tidak pernah mengabaikan anak lelakinya yang kini berusia empat tahun.
Pernah dikecam netizen
Terdapat sebuah ciapan dari warganet yang dilihat mengimbas kembali tentang kecaman yang pernah menimpa aktor itu ketika di dalam fasa perceraian tetapi menurutnya dia tidak pernah melupakan namun tidak pula menyimpan di hati.
Sekadar info, Sharnaaz dan Nabila pernah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun bercerai pada 9 Julai 2020.