Di Instagram, kakak kepada Noor Neelofa iaitu Noor Nabila dilihat menitipkan pesanan kepada bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad untuk menjaga anak sulung mereka, Jebat Jayden dengan baik.
Artikel berkaitan: ‘Kalau Bab Agama, Didikan Nabila Champion!’ – Sharnaaz Ahmad
Artikel berkaitan: ‘Terima Kasih Mummy Bawa Jebat Ke Tanah Suci’ – Sharnaaz Doa Noor Nabila Bertambah Rezeki
Artikel berkaitan: Neelofa & Suami Teruja Bawa Bilal Ke Tanah Suci, Jebat Jayden Pun Ikut Sekali!
Artikel berkaitan: [VIDEO] Telatah Jebat Jayden Bercerita Tentang Khasiat Air Zamzam Buat Ramai Terhibur – ‘Sebiji Macam Ayah Dia…’
Artikel berkaitan: Nabila & Engku Emran Sudah Tidak Sebumbung? Neelofa Kunci Mulut
Pertama kali tinggal lebih tiga hari
Menurut Nabila, ini adalah pertama kali dia meninggalkan Jebat lebih dari tiga hari untuk ke luar negara atas urusan kerja.
Mommy akan merindui awak Jebat Jayden. Tak pernah lagi tinggal dia lebih dari tiga hari ni. Baba tolong jaga dia elok-elok. You can do it! Haha.
Terdahulu, timbul dakwaan yang mengatakan bahawa Nabila dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin dalam proses hendak bercerai. Malah, sumber rapat pasangan berkenaan turut memberitahu bahawa mereka sudah tidak tinggal bersama. Bukan itu sahaja, mereka tidak memuat naik foto serta video bersama di media sosial.
Menerusi dakwaan tersebut juga, Neelofa berkata dia memilih untuk tidak masuk campur dan menghormati kehidupan privasi Nabila.
Sumber: Noor Nabila