berita

Sharnaaz Sanggup Berubah Demi Shila

July 26th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Semua sedia maklum bahawa pasangan romantik Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah sedang dilamun cinta. Akan tetapi, sikap panas baran yang dimiliki oleh Sharnaaz Ahmad kadangkala membuatkan kekasihnya, Shila kurang gemar akan sikap tersebut.

Sharnaaz akui dirinya memang seorang yang sangat panas baran dan mudah melenting. Oleh kerana Shila sanggup menerima beliau seadanya dan menahan segala tabiat buruk tersebut, Sharnaaz berazam untuk berubah demi kebaikan antara hubungannya dan Shila.

Menurut Sharnaaz lagi, walaupun pelbagai dugaan yang beliau dan Shila hadapi semenjak menjalinkan hubungan cinta, itu semua tidak menghalang mereka untuk teruskan perhubungan. Selain itu, segala berita negatif yang dilemparkan atas hubungan mereka, membuatkan mereka sudah lali dan tidak amik pusing dengan apa yang orang lain ingin katakan.

Berkaitan dengan perkembangan terbaru Sharnaaz, beliau akan memulakan sesi pengambaran filem “Darah Panas”, terbitan White Merpati Sdn Bhd seminggu selepas sambutan Hara Raya Aidilfitri nanti.

OHBULAN! doakan semoga Sharnaaz berjaya dalam karier seninya dan diharapkan hubungannya dengan Shila sentiasa baik.

Sumber : mStar

SKIP THIS AD ×