Sebelum ini, isteri kepada pelakon, Rusdi Ramli iaitu Sharon Paul memberi bayangan seolah-olah dia dan suami ketika ini sedang menghadapi masalah dalam melayari bahtera rumah tangga mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharon Paul Beri Bayangan Bakal Berpisah Dengan Rusdi Ramli? – ‘Saya Tunggu Green Light Daripada Dia Je’
Menerusi laporan Harian Metro, ibu kepada Rusdi Ramli iaitu pelakon veteran, Norlia Ghani berkata, dia sangat terkejut apabila mengetahui mengenai masalah rumah tangga anak dan menantunya dari akaun TikTok.
Tidak pernah berkongsi
Menurut Norlia, Rusdi tidak pernah berkongsi bahkan mengadu hal rumah tangganya sejak dahulu lagi.
Rusdi memang jenis yang tidak suka kongsi hal rumah tangganya dan dia lebih suka selesaikan semuanya sendiri kerana dia tidak mahu saya berasa risau.
Cuma Sharon yang pernah mengadu dengan saya, Rusdi sudah lama tiada ‘job’ sebelum ini dan saya tahu ia berkaitan dengan masalah wang ringgit dan perbelanjaan dalam rumah tangga.
Mengulas lebih lanjut, Norlia berharap mereka dapat mencari penyelesaian terbaik untuk menyelamatkan rumah tangga mereka demi masa depan anak-anak.
Dalam rumah tangga memang tidak lari dari masalah dan terpulang kepada kita untuk mengaturnya. Semua ibu pastinya mengharapkan rumah tangga anak dan menantu berkekalan. Namun, kita kena reda jika jodoh mereka sampai setakat itu sahaja.
Tambah Norlia, dia sangat berharap Rusdi dan Sharon akan memikirkan semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan untuk bercerai.
Saya pernah melalui keruntuhan rumah tangga dan anak-anak yang menjadi mangsa serta perlu putuskan untuk tinggal dengan emak atau bapa? Justeru, sebelum mereka nak buat sebarang keputusan itu fikirlah keutamaan anak-anak dulu dan letak mereka nombor satu dan selepas itu baru fikir perkara lain.
Sumber: Harian Metro