berita

Anak Geram! Bapa ‘Biawak Hidup’ Tak Mahu Cerai Ibu, Beri Alasan Nak Makan Pencen

August 10th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

nak cerai

Di TikTok, seorang anak berkongsi kisah mengenai perjuangan ibunya sepanjang melayari bahtera rumah tangga bersama bapanya.

Artikel Berkaitan: 20 Tahun Bela ‘Biawak Hidup’, Isteri Kerja Kerajaan Geram Suami ‘Liat’ Hadir Mahkamah

Ibu tanggung semua perbelanjaan

Isteri nak cerai

Menerusi posting yang dimuat naik, wanita ini memberitahu ibunya berusia 50 tahun dan merupakan seorang guru skim ijazah yang bergred tinggi. Sepanjang 27 tahun berkahwin, wanita ini berkata, ibunya yang menanggung perbelanjaan keseluruhan keluarga seperti duit rumah, makan pakai, bil utiliti, pendidikan anak-anak dan semuanya. Manakala, ayahnya sekadar menyediakan kereta sahaja.

Gaji bonda berganda tinggi berbanding ayah. Bonda ikhlas tanggung keluarga demi kebahagiaan kami. Tidak pernah bonda mengungkit segala perbezaan dan segala pengorbanan. Bagi bonda, rezeki bonda adalah untuk keluarga. Keluarga kami amat bahagia dengan sikap bonda yang lemah lembut, pemurah, tidak berkira dan penyayang.

Di dalam memori saya dan adik-adik, tidak ada satu kenangan pun bonda memukul atau menjentik kami. Yang ada, hanyalah kenangan birat-birat dipukul ayah, padahal kami tidak nakal pun. Hanya salah biasa sebagai kanak-kanak. Ayah memang baran.

Tambah wanita ini lagi, ayahnya pernah curang sekitar tahun 2008. Pada waktu tersebut, ibunya memberi peluang dan meneruskan kehidupan sebagai suami isteri.

Tahun 2016, ayah curang lagi. Dia nikah dengan seorang perempuan berusia 45 tahun. Majlis mereka diadakan secara gilang-gemilang. Tidak perlu digambarkan perasaan bonda. Hanya yang pernah alami akan tahu rasa itu. Beberapa hari sebelum  itu patutlah ayah kerap minta bonda transferkan duit. Katanya nak buat modal perniagaan.

Dari sinilah bermula perjuangan bonda. Semuanya bermula dengan hal di Mahkamah Syariah. Bonda telah berhabis lima angka untuk beberapa orang peguam.

Fail cerai secara baik

Isteri Nak Cerai

Berbicara lebih lanjut, wanita itu berkata ibunya telah memfailkan perceraian di mahkamah.

Bonda failkan cerai secara baik untuk ke prosedur hakam. Tetapi ayah tidak datang walaupun dua notis telah dihantar. Bagi ayah, dia tidak akan ceraikan bonda walau apa jua situasi. Apabila ayah tak datang, kes ditutup. Bonda tak dapat teruskan prosedur. Kemudian bonda failkan fasakh. Setiap kali buka fail beribu kosnya. Bonda tak boleh guna peguam percuma dari biro guaman sebab gaji bonda tinggi.

Ayah ambil peguam untuk lawan bonda. Kami hairan, duit nafkah tak mampu beri tetapi peguam boleh pula bayar. Peguam ayah seorang lelaki sama seperti dia. Obses pada poligami. Walaupun bonda ada banyak bukti, tetapi mahkamah percayakan peguam ayah. Ayah akan memberikan bukti yang tidak kukuh seperti memberi nafkah di tangan anak-anak.

Ujar wanita tersebut, ayahnya tidak mahu bercerai kerana ibunya mempunyai pencen.

Sudah termaktub di dalam hukum pencen di negara kita, jika pasangan meninggal maka segala faedah persaraan dan pencen bulanan secara automatik akan dapat kepada pasangan. Walau jahat macam mana pun seorang suami, jika isteri meninggal, maka berjoli katak la sang biawak. Sudahlah sepanjang hayat isteri, suami makan hasil titik peluh isteri, sudah mati pun masih nak enjoy dengan duit isteri.

Bonda sudah buat wasiat, tetapi pencen bulanan tidak boleh diwasiatkan. Sebagai makluman ganjaran pencen bonda mencecah RM300 ribu dengan pencen bulanan sebanyak RM5 ribu. Suami mana yang sanggup lepaskan lubuk emas?

Pencen isteri

Di akhir perkongsian, wanita tersebut berharap pendedahan yang dilaku ini dapat dipanjangkan kepada pihak berkenaan.

Sumber: TikTok

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×