Pelakon Elisya Sandha berkongsi berita gembira memberitahu bahawa adik iparnya, Luth Mikhail dan pasangan, Beatrice Chitra bakal melangsungkan pernikahan pada hari ini.
Artikel Berkaitan: Sheila Rusly Kongsi Momen Bakal Menantu Peluk Agama Islam – ‘Sebak, Mengalir Air Mata Tengok Video Ni’
Artikel Berkaitan: Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Kurang Senang Tengok Anak Sheila Rusly Selamba Peluk Wanita – ‘Sporting Betul Maknya’
Sheila Rusly, Jinggo terima menantu lagi
Menerusi foto yang dikongsikan di Instagram, memaparkan Beatrice yang memakai busana pengantin berwarna putih sedang berada di dalam kereta dipercayai untuk menuju ke lokasi pernikahan.
Elisya yang juga merupakan menantu kepada aktres, Sheila Rusly dan pengarah, Jinggo itu turut berada di dalam kenderaan tersebut bagi menemani pengantin perempuan.
Berdasarkan hantaran yang dimuat naik oleh bakal pengantin lelaki, Luth Mikhail di Instagram, majlis perkahwinan tersebut akan diadakan di Geo Resort & Hotel yang terletak di Genting Highlands.
Pada Khamis, adik kepada aktres Fasha Sandha ini juga sempat memuat naik momen malam berinai dan kelihatan bakal pengantin perempuan duduk di atas pelamin sambil dipakaikan inai.
Menerusi tinjauan OhBulan!, Sheila dan Jinggo tidak memuat naik sebarang perkongsian di media sosial tentang perkahwinan anak bongsu mereka.
Sekadar info, Beatrice yang ditemani Sheila dan keluarga telah memeluk agama Islam sekitar Ogos tahun lalu.
Sumber: Elisya Sandha