Kakak kepada Emma dan Chacha Maembong iaitu Shikin menyatakan dia mengetahui mengenai kontroversi yang melibatkan adik beradiknya dengan Aliff Aziz dan Ruhainies dari Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: ‘Saya Dengan Gosip & Fitnah Dah Jadi Macam Bestfriend’ – Emma Maembong
Artikel Berkaitan: Emma Maembong Mengaku Diri ‘Kepochi’ Menyibuk Isu Bella Astillah – ‘Saya Voice Note Ruhainies, Tanya Khabar Angin Betul Tak’
Ada ke masa nak gosip?
Ketika ditemui OhBulan!, Shikin berkata dia dan keluarga mengambil pendekatan untuk tidak masuk campur dalam isu terbabit.
Bagaimanapun, Shikin, 40, hairan dengan dakwaan itu kerana Chacha bukan seorang yang suka ‘jaga tepi kain orang’ manakala Emma pula sentiasa sibuk dengan tuntutan kerja.
Saya tengok Sarah punya Instagram sebab tak tahu apa jadi. Bila tengok ada nama adik-adik saya (Emma dan Chacha).
Keluarga tak masuk campur dan kami ambil pendekatan berdiam diri sampai selesai.
Yang saya tahu Chacha bukan perangai suka ambil tahu hal orang lain, kemudian adik-beradik pun susah nak jumpa Emma dengan jadual kerja yang padat sampai tidur dalam kereta.
Malah, masa dengan keluarga dia pun kurang. Saya terfikir ada ke masa mereka nak bergosip.
Padam komen
Dalam pada itu, isteri kepada anggota kumpulan Ruffedge, Cat Farish menyatakan tidak ada tindakan undang-undang yang bakal diambil.
Katanya, dia lebih selesa mendiamkan diri dan memadam saja komen-komen negatif di media sosial.
Nak panjangkan isu pun tak tahu siapa puncanya, tapi macam saya di Instagram, saya padam sahaja komen berkaitan isu tersebut.
Tiada rancangan nak ambil tindakan undang-undang sebab kami tak tahu apa jadi dan tak boleh nak melulu ambil tindakan melainkan perkara itu betul.
Shikin berkata demikian ketika Majlis Rumah Terbuka dan Pelancaran Kardinal Ilumi Raya, baru-baru ini.
Sementara itu, bercerita mengenai Kardinal, Pengarah Operasi, Erwin Teow mendedahkan bahawa Kardinal bermula pada tahun 2017 ketika itu pengeluaran utamanya hanya tertumpu kepada pengeluaran e-liquid iaitu cecair perisa untuk peranti vape.
Sebelum ini penjualan produk kami lebih tertumpu kepada pasaran luar seperti Amerika Syarikat, Brazil, Afrika Selatan, Jepun dan beberapa negara lagi, tetapi bermula tahun lepas, kami mula memberi fokus kepada pasaran tempatan.
Kami komited untuk memberikan pengalaman yang berbeza buat tetamu yang hadir dengan menggabungkan elemen seni, teknologi dan budaya pada satu masa yang sama.
Majlis yang berlangsung turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa oleh artis-artis jemputan antaranya Amy Search, Lunadira, Midnight Fusic, Gard Wuzgut, Kicau-Bilau dan Jemput Dengar.
Peranti Lumina boleh didapati pada harga RM75 manakala pod KSpod Lumina (2.5ml) pada harga RM14 dengan lebih 30 pilihan perisa unik.