berita

‘Saya Dengan Gosip & Fitnah Dah Jadi Macam Bestfriend’ – Emma Maembong

February 20th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Emma Maembong

Pelakon, Emma Maembong menyedari apabila namanya dipetik netizen susulan tular berita mengenai seorang artis wanita yang didakwa terlibat dalam aktiviti bertukar pasangan atau ‘swinger’ untuk melakukan hubungan seks.

Artikel Berkaitan: Emma Maembong Kena Kecam Sebab Sakan Bergelek Pakai Hoodie Corak Bendera Pales***

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Emma Maembong Tak Pernah Baca Skrip

‘Buat apa nak melatah’

Emma Maembong

Bagaimanapun, menurut Emma dia tidak melatah apabila menjadi mangsa tuduhan netizen kerana dakwaan yang dilemparkan kepadanya itu adalah tidak benar sama sekali. Jelasnya, tiada sebab untuk dia mengulas mengenai sesuatu berita yang tidak berasas.

Saya perasan nama saya kena petik dalam berita itu. Tetapi secara peribadi buat apa saya nak melatah bila orang tuduh saya, kerana itu bukan saya dan tuduhan tersebut adalah tidak betul.

Orang akan cakap saya macam-macam tapi macam korang tahu, kalau benda itu tiada kena mengena dengan saya, saya tidak akan respon. Saya tidak layan pun. Buat apa nak melatah? Benda kalau betul, dah viral memang daripada dulu lagi.

Saya dah ada anak, saya tak mahu anak saya membesar baca benda tak elok. Untuk saya, kalau benda itu betul, saya sendiri yang akan cakap benda itu betul atau tidak.

Emma berkata demikian ketika ditemui pada majlis bacaan doa selamat filem Jangan Pandang Belakang 2 yang diadakan di Metrowealth, Petaling Jaya, pada Isnin.

Melanjutkan bicara, ibu kepada dua cahaya mata itu akui sudah lali apabila namanya terpalit dengan gosip sejak dia bergelar anak seni.

Kata Emma, lebih baik untuk dia berdiam diri daripada mengulas mengenai sebarang isu yang tidak sahih kerana tidak mahu memberikan impak buruk terhadap anak-anaknya kelak.

Setakat gosip ini, banyak lagi gosip lain yang pernah tembak saya dari dulu. Bukan saya nak mengelak, tapi tak sedap mata anak-anak tengok bila besar. Saya akan jadi ibu yang terbaik untuk elak segala yang tak menarik.

Waktu sebelum kahwin, saya cuba mengelak sebaik mungkin dakwaan yang macam macam, kata kaki clubbing la, saya ini manusia itu ini lah. Saya bukan robot yang tak buat apa-apa.

Saya dengan gosip dan fitnah dah jadi macam bestfriend. Sebab itu lihat macam mana cara yang untuk mengawalnya. Saya anggap dakwaan swinger hanya cebisan. Semasa saya masuk industri, banyak gosip yang lagi teruk, bukan itu je, gambar orang edit muka saya jadi lagi teruk pun ada.

Terdahulu, timbul dakwaan seorang artis wanita berkulit putih gebu dan memiliki dua cahaya mata didakwa terlibat dalam aktiviti bertukar pasangan untuk melakukan hubungan seks.

Malah, dakwaan tersebut mengatakan ketika artis terbabit sedang hamil lapan bulan, dia telah menawarkan rakannya untuk melakukan seks dengan suaminya.

SKIP THIS AD ×