Penyanyi, Shila Amzah berasa geram dengan tindakan segelintir netizen yang tidak henti-henti mengganggu urusan peribadinya.
Artikel Berkaitan: Shila Amzah & Ubai Bertunang, Netizen Doakan Urusan #ShiBai Dipermudahkan
Artikel Berkaitan: Tunang Shila Amzah Mengamuk? Dakwa Ada Pihak Dengki Dengan Keluarga -‘Kau Nak Apa Sebenarnya…’
Suruh putus tunang dengan Ubai
Menerusi temu bual bersama Melodi, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 32, mendedahkan ada wargamaya yang menghasutnya untuk memutuskan tali pertunangannya dengan Ubai.
Lebih menyakitkan hati apabila ada yang mendoakan hubungannya dengan Ubai tidak berpanjangan.
Misi mencucuk jarum? Nak kata pasal menghasut kami berdua banyak je dapat DM yang pelik-pelik. ‘Patut Shila ni dengan si polan dan si polan’.
Tapi kita lagi tahu pasangan kita macam mana. Dan semestinya Sha akan ‘koyak’, sejak berkawan dia (Ubai) yang paling tahu.
Ada yang sampai mendoakan hubungan ini tidak lama.
Dugaan bertunang
Dalam pada itu, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli mengakui pelbagai ujian yang datang sejak dirinya mengambil keputusan untuk berkawan dengan pelantun lagu Masih Aku Cinta itu.
Jangan cakap ujian bertunang, ujian kehidupan ni pun sejak saya berkawan dengan Shila dah lama dah (ada).
Bila kita umumkan kita bercinta, lagi banyak dugaan yang datang, kena tabahlah.
Lagi-lagi bila dah bertunang, itu ini orang cakap. Ada juga yang mendoakan ‘tak lama ni’, tapi kita tahu apa yang kami lalui jadi Insya-Allah, semuanya baik-baik.
Bagaimanapun, Ubai tidak terkesan sebaliknya menganggap segala dugaan yang mendatang sebagai satu ujian di samping memilih untuk tidak memburukkan nama individu yang sering melemparkan kecaman.
Ujian, DM semua makin kencang. Kalau datang job tak apa tapi yang datangnya kecaman, hinaan. ‘Kenapa Shila? Sedangkan boleh dapat yang lain’.
Aada juga yang persoalkan umur dan sebagainya. Kita tak boleh puaskan hati semua orang jadi kita jaga sahajalah nama baik kita dan jangan burukkan nama orang yang dah DM kita macam-macam.
Kita abaikan je lah dan janganlah kita pergi sebarkan aib dia pula.
Sekadar info, Shila dan Ubai kini menanti hari bahagia untuk mendirikan rumah tangga selepas mereka mengikat tali pertunangan pada 27 Mei yang lalu.
Untuk rekod, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018. Namun usia perkahwinan hanya bertahan selama empat tahun apabila mereka disahkan bercerai pada Februari 2022.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang putera bernama Seth Uwais yang kini berusia tiga tahun.
Video
Sumber: Melodi