‘Masih Aku Cinta’. Cukup menggambarkan perasaan Shila sekarang.
Bukan mudah untuk melepaskan seseorang yang pernah kita sayangi. Apa lagi bila dialah yang pernah mengisi ruang kosong dihati dan sentiasa memberi sokongan dikala senang dan susah.
Itulah yang terjadi pada Shila Amzah. Hubungan cintanya bersama Sharnaaz Ahmad bukan sahaja tidak direstui orang tua, malah sebelum ini juga ramai peminat yang kurang bersetuju dengan hubungan mereka.
Shila yang sebelum ini bersih dari segala kontroversi, tiba-tiba diduga dengan perkara yang paling menyakitkan. Kejayaan demi kejayaan dikecapi diperingkat tempatan. Malah, Shila juga telah mencipta nama di persada antarabangsa apabila dijulang sebagai juara untuk acara berprestij, Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China.
Namun, atas segala kejayaan yang dikecapi, tiada apa yang lebih menyakitkan apabila anak perempuan ND Lala ini terpaksa melepaskan orang yang disayanginya. Dalam erti kata lain, putus cinta.
Kerana kekecewaan yang teramat, Shila telah memuatnaik sebuah lagu ciptaannya yang ikhlas dari hati berjudul ‘Masih Aku Cinta’. Lagu ini menceritakan tentang dirinya yang masih meratapi perkara yang berlaku. Kebahagiaan yang dikecapi hanya sementara. Sanggupkah anda melihat anak gadis yang baik ini terus dilukai begini?
Mari dengarkan luahan hati Shila Amzah.
Lirik selepas ini.
Masih Aku Cinta oleh Shila Amzah
Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Cara mu,memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada
Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,’kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka
Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta
Takkan pernah ada penggantimu
Yang mem pertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua
Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku