Penyanyi, Shila Amzah meluahkan banyak perihal peribadi seperti kekecewaan dan kesakitan ingin ‘ditinggalkannya’ di tahun ini bagi melangkah ke tahun 2023.
Artikel Berkaitan: ‘Bekas Suami Patut Bangga, Siapa Je Nak Tulis Lagu Fasal Dia’ – Shila Amzah
Artikel Berkaitan: Trending Di Twitter, Netizen Tak Puas Hati Shila Amzah Dapat Tempat Ketiga GV9?
Hidup semakin pulih
Bagaimanapun, tahun 2022 merupakan antara tahun yang penuh sinar dan kegemilangan buat Shila kerana pelbagai kejayaan telah dikecapinya berjaya melonjakkan kembali namanya dalam industri seni.
Menerusi laporan Harian Metro, Shila Amzah, 32, berkongsikan perjalanan hidupnya sekarang yang semakin ‘pulih’ selepas penceraian dengan bekas suami pada Februari lalu selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
Semua benda negatif yang kita ada terutamanya perasaan sedih, marah, dan kecewa, perlukan masa untuk disembuhkan. Sejujurnya, saya masih lagi dalam proses penyembuhan. Bukan saya tak mahu teruskan kehidupan, cumanya, saya lebih berhati-hati.
Menurut penyanyi yang mencipta nama di China ini, selepas perkahwinannya dengan Haris Idraki Elias berakhir, dia seolah-olah mendapat semula kehidupannya yang muda, bebas serta ceria.
Tentunya, saya rasa lebih lega selepas semuanya selesai. Rasa lebih ‘ringan’. Kehidupan saya selepas itu sangat luar biasa. Saya umpama dapat kembali kehidupan saya, dapat menjadi ‘muda’ semula, lebih ceria dan sangat aktif.
Cipta lagu
Sebagai seorang penyanyi dan penulis, Shila mengungkapkan segala perasaannya dalam bentuk lagu ketika melalui fasa penceraian. Susulan daripada itu, Shila telah menghasilkan sebuah lagu ciptaan sepenuhnya berjudul Jauh Hati.
Saya pilih untuk lancarkan Jauh Hati pada penghujung tahun ini kerana ia adalah satu perasaan terberat yang pernah saya alami. Saya nak tinggalkan kesemua perasaan dalam tahun ini dan melangkah ke hadapan, tak mahu ingat lagi.
Pengalaman mengajar saya menjadi manusia yang lebih matang dan menjadi ibu yang lebih baik. Perjalanan ini juga mengajar saya menjadi lebih kuat untuk diri saya dan juga anak.
Sumber: Harian Metro