Sejak kebelakangan ini penyanyi, Shila Amzah sering berinteraksi bersama pengikutnya di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Sedihnya, Kalau Salah Pilih Suami Memang Naya Hidup’ – Shila Amzah
Artikel Berkaitan: ‘Arwah Mak Terima Saya Ikhlas Walaupun Status Saya Pernah Berkahwin & Ada Anak’ – Shila Amzah
Jumpa orang baru
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Shila atau nama sebenarnya Nur Shila Amir Amzah menjawab pertanyaan daripada salah seorang pengikutnya tentang bagaimana untuk kembali menjalin hubungan cinta.
Macam mana buka pintu hati balik selepas kegagalan yang pertama? Saya masih fobia.
Shila kemudian membalas persoalan tersebut dengan menyatakan bahawa dia pernah mencuba untuk berkenalan dengan lelaki lain sehingga akhirnya dipertemukan jodoh dengan personaliti media sosial, Ubai MZ.
Pelantun lagu Masihku Cinta itu turut mengakui Ubai telah memberi sinar baharu dalam kehidupannya.
Sebab saya tau bukan semua lelaki sama, lepas kegagalan pertama saya ada cuba dengan orang lain juga sebelum dengan Ubai.
Tapi saya tau saya berhak untuk bahagia. Perubahan pada senyuman saya adalah bukti. Kiri adalah selepas gagal, kanan selepas ada Ubai.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 33 tahun tersebut menasihati individu berkenaan supaya sentiasa membuka ruang untuk mencari cinta sejati meskipun pernah dilukakan.
Alhamdulillah, jangan putus asa, banyakkan doa insyaAllah jalan itu ada.
Sekadar info, Ubai dan Shila selamat mendirikan rumah tangga mereka alam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 4 Ogos yang lalu.
Shila kini sedang sarat hamil cahaya mata keduanya yang dijangkakan bakal lahir pada bulan Syawal ini.
Imbas kembali, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018. Namun disahkan bercerai pada Februari 2022.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.
Sumber: IG Shila Amzah