berita

Shila Amzah Teruja Bersaing Dengan Dato’ Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor

October 5th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pengumuman Top 5 finalis bagi Anugerah Industri Muzik Ke 19 (AIM 19) yang berlangsung baru-baru ini menyaksikan banyak kejutan dan antara salah satunya ialah Shila Amzah yang berjaya membawa lagu ciptaanya, ‘Patah Seribu’, bertanding dalam 2 kategori iaitu kategori ‘Lagu Pop Terbaik’ dan juga ‘Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)’.

Penyanyi berusia 22 tahun ini juga baru-baru ini telah mencipta nama diseluruh Asia apabila berjaya menjadi juara untuk pertandingan Asian Wave 2012 di China.

Ketika ditemubual, Shila turut meluahkan rasa terujanya apabila mengetahui antara pesaingnya termasuklah Dato’ Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, dan juga Nora.

“Saya rasa sangat bangga sebab dapat bersaing dengan idola saya. Saya membesar dengan lagu-lagu mereka,” ujar Shila memulakan perbualan.

Ditanya adakah Shila meletakkan harapan yang tinggi terhadap pencalonannya, Shila menjawab, “Nak kata harapan tinggi itu tak ada la, tapi ini adalah pencapaian tertinggi dan juga peluang untuk saya perbaiki diri saya.”

Dalam pada itu, Shila turut memberitahu bahawa dia sedang dalam perancangan untuk melancarkan albumnya sendiri apabila dia terpaksa membatalkan hasratnya kerana kini dia berada di bawah pengurusan Shanghai Media Group, China.

“Saya memang tengah working untuk album solo, tapi kini saya sudah berada di bawah pengurusan syarikat di China dan mereka sudah merancang konsert, jelajah dan juga album saya,” tambah Shila.

SKIP THIS AD ×