Walaupun sudah masuk tahun kedua negara dilanda pandemik Covid-19 namun masih ada bersikap sambil lewa dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Artikel Berkaitan: Rasa Sukar Nak Bernafas & Sakit Kepala, Shima Anuar Positif Covid-19
Pakai mask tak betul
Menerusi sebuah hantaran di Instagram (IG), pelakon Shima Anuar meluahkan rasa bengang dengan sikap individu yang memandang remeh dengan virus merbahaya itu.
Shima, 29, menempelak golongan dewasa yang tidak mengenakan pelitup muka dengan betul ketika berada di tempat awam.
Pada Ahad lalu, Shima dan suami, Mohd Solih Toha membawa dua anak mereka, Marian Sophia dan Mikhael Iman berkunjung ke zoo haiwan.
Muka masing-masing bila ajak balik. Haha! We had fun tadi dekat Farm In The City. Cuma, yang tak best bila ternampak ada segelintir pelawat yang buka mask, tak pakai mask betul-betul, pakai mask dekat dagu, terus jadi spoil!
Anak-anak saya pun tak buka langsung mask mereka. Apa alasan anda yang dah tua bangka tapi masih tak faham bahasa?
Duduk rumah kalau rasa ‘renyah’
Tegas pelakon filem Highland Tower, sekiranya tidak mampu untuk mematuhi SOP, dia menasihatkan untuk kekal berada di rumah.
Tolonglah kepada anda yang rasa tidak mampu untuk memakai pelitup muka, susah nak bernafas atau sebagainya, duduk di rumah saja.
Jangan jadi manusia yang tidak bertanggungjawab! Apatah lagi, selepas ini kerajaan memberi kelonggaran untuk merentas negeri pula. Jadi, tolonglah masing-masing menjaga SOP.
Saya sendiri tidak mahu duduk berkurung di rumah saja. Oleh itu, sama-sama kita beringat okay? Jaga diri dan keselamatan anda semua.
Pada awal Januari lalu, Shima disahkan positif Covid-19 selepas mengalami kesukaran untuk bernafas dan sakit di bahagian kepala. Manakala suami dan anak-anak adalah negatif dan dia hanya menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Sumber: Instagram @shimaanuar