berita

Rasa Sukar Nak Bernafas & Sakit Kepala, Shima Anuar Positif Covid-19

January 12th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Pelakon Shima Anuar menerusi laman Instagram berkongsikan berita sedih apabila dia disahkan positif Covid-19. Pelakon wanita itu mengadu sesak nafas dan sakit kepala sebelum dia mengambil keputusan untuk melakukan ujian saringan di klinik.

Tak ada close contact

Dia pada awalnya hanya mengalami kesukaran untuk bernafas dan sakit di bahagian kepala sebelum mengadu kepada suaminya perkara berkenaan. Sejurus itu, dia mengambil keputusan untuk menjalani ujian saringan Covid-19 di klinik kesihatan berdekatan.

Namun bagaimanapun, dia mengakui tiada kontak rapat dengan mana-mana pesakit positif Covid-19 selepas disahkan dijangkiti virus itu. Shima yang sepatutnya kembali ke lokasi penggambaran bagi projek filem Albab Ding Ding mengaku terkejut dengan keputusan diterima.

Susah nak nafas, sakit kepala

Tambahnya, hanya dia kini disahkan positif manakala suaminya adalah negatif. Pelakon ini bagaimanapun mengingatkan orang ramai yang bertemunya pada minggu lalu di dalam sebuah mesyuarat supaya menjalani saringan Covid-19. Sejurus mengetahui keputusan Covid-19 terhadap dirinya, dia sudah menjalani kuarantin kendiri di rumah. Buat masa ini, dia hanya menunggu pihak KKM untuk menghubunginya bagi prosedur lanjut.

Sumber: Shima Anuar

SKIP THIS AD ×