berita

Shopee Ambil Tindakan Tegas Terhadap Akaun Penjual Scammer Licik Lakukan Penipuan

February 27th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Semalam viral satu taktik penipuan peniaga di platform Shopee di mana satu akaun menjual barang dengan harga yang murah dan cuba untuk menipu pembelinya.

Sehubungan dengan itu, hari ini pihak Shopee Malaysia telah mengeluarkan kenyataan media berkaitan dengan kes tersebut bagi menjernihkan keadaan dan memandang serius terhadap kes ini.

Tiada tolak ansur terhadap aktiviti penipuan

Shopee Malaysia telah dimaklumkan tentang berita yang tersebar di media sosial berkaitan pembongkaran aktiviti scammer atau penipu yang cuba menggunakan platform mereka untuk melakukan penipuan.

Shopee memandang berat perkara ini dan tidak akan bertolak-ansur terhadap sebarang aktiviti penipuan di platform mereka. Menurut Shopee, akaun penipu tersebut telah diharamkan secara kekal malah telah ditutup dalam masa 24 jam.

Shopee melindungi kepentingan pembeli

Shopee telah menetapkan dasar Jaminan Shopee untuk melindungi kepentingan pembeli dan memastikan transaksi dilaksanakan dengan selamat di platform mereka. Menerusi ciri ini, pembayaran kepada penjual ditahan sehingga pembeli mengesahkan bahawa mereka telah menerima pesanan sewajarnya dan dalam keadaan baik.

Dalam scenario ini, jika pembeli tidak membatalkan pesanan tersebut atau menerima produk yang dibeli, pembeli tetap akan menerima wang kembali kerana dilindungi oleh Jaminan Shopee.  Oleh sebab itu, pembeli hendaklah menyempurnakan transaksi menerusi platform Shopee. Dengan ini juga ditekankan bahawa penjual sah Shopee tidak akan menerima OTP (kata laluan sekali) daripada pembeli.

Menubuhkan pasukan antipenipuan khas

Bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin, Shopee juga telah menubuhkan pasukan antipenipuan khas yang melakukan pencarian harian untuk mengesan aktiviti mencurigakan dan penyenaraian produk atau akaun yang disyaki.

Shopee ingin menegaskan bahawa kes ini nyata memperlihatkan hak dan kuasa pengguna. Pembeli memainkan peranan penting untuk membentuk ekosistem e-dagang dengan meninggalkan maklum balas terperinci tentang pembelian dalam talian mereka. Maklum balas ini akan membantu pembeli lain apabila membuat pembelian mereka. Pembeli seharusnya menyemak penarafan dan penilaian sesuatu gedung daripada pengguna lain untuk menentukan kebolehpercayaan penjual sebelum membuat pembelian di dalam talian.

Pilih Shopee Preferred Sellers

Shopee juga telah mengambil satu lagi langkah untuk membantu pengguna mengenal pasti penjual bereputasi tinggi dengan memilih Shopee Preferred Sellers (Peniaga Pilihan Shopee). Status ini diberikan hanya kepada penjual aktif dengan penarafan gedung yang tinggi, yang telah menyempurnakan sejumlah besar transaksi Shopee, dan yang menyediakan perkhidmatan pelanggan yang baik.

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×